Apa yang anda ingin cari?

Selamatkan Gajah Borneo Kita

Derma untuk membantu menyelamatkan gajah Borneo kami dan menerima resit pengecualian cukai.

© WWF-Malaysia / Engelbert Dausip
BANTU SELAMATKAN GAJAH KITA



Anda akan menerima resit pengecualian cukai serta hadiah penghargaan (berbeza mengikut jumlah derma dan dihantar dalam Malaysia sahaja) atas derma anda yang amat penting dan bernilai.

DIMANAKAH GAJAH HIDUP?

Kebanyakan Gajah Borneo ditemui di negeri Sabah, Malaysia. Ini menjadikan Sabah tempat tinggal bagi gajah Asia yang hidup di kawasan paling timur.

TINGGAL HANYA 1,000

Gajah Borneo yang endemik ini sedang kehilangan rumah dan keluarga mereka. Dengan hanya kira-kira 1,000 ekor yang tinggal di kawasan liar di Sabah, tindakan segera dan berterusan perlu diambil untuk memulihara haiwan besar yang lemah lembut ini.

© Christy Williams / WWF

Ancaman

Sayangnya, gajah Borneo kini:

  • Kehilangan habitat disebabkan pertanian berskala besar, perladangan, dan pembinaan infrastruktur jalan yang tidak mengambil kira keperluan gajah.

  • Semakin kerap bertembung dengan manusia. Ini meningkatkan konflik antara manusia dan gajah akibat kehilangan dan pemecahan hutan.

© David James / WWF

Usaha Pemuliharaan Segera

Derma hari ini dan bantu WWF-Malaysia untuk:

  • Memasang kolar satelit pada gajah untuk mengenal pasti keperluan ruang utama haiwan ini dan mengurangkan konflik pada masa hadapan.

  • Mewujudkan koridor hidupan liar untuk menghubungkan habitat yang terpecah.

  • Menggalakkan kewujudan bersama antara manusia dan hidupan liar.

  • Berkolaborasi dengan agensi kerajaan dan bukan kerajaan dalam tinjauan hidupan liar, penyelidikan, dan pembangunan kapasiti untuk pengurusan kawasan terlindung.

  • ​Menyokong produk lestari seperti produk minyak sawit yang diiktiraf RSPO dan produk kertas yang diiktiraf FSC.

Bersama-sama, kita boleh membuat perubahan.

DERMA SEKARANG