Apa yang anda ingin cari?

SELAMATKAN IKAN YU DAN PARI

Krisis Yu dan Pari: 1 daripada 3 spesies menghadapi risiko kepupusan.
Anda boleh membantu memastikan kelangsungan hidup mereka.

© Antonio Busiello / WWF-US

Yu dan pari sering dikaitkan dengan mitos—ditakuti, dihormati, dan sering disalah fahami. Makhluk luar biasa ini telah lama menggamit imaginasi manusia. Namun, malangnya, mereka dibunuh pada kadar yang jauh lebih cepat daripada kemampuan mereka untuk membesar dan membiak.

Ancaman terbesar terhadap yu dan pari ialah penangkapan berlebihan. Setiap tahun, hampir 100 juta ekor dibunuh untuk daging dan siripnya, menyebabkan ratusan spesies berada di ambang kepupusan, termasuk Yu Tukul yang ikonik. Kita perlu bertindak segera. Jika tidak, kita berisiko kehilangan spesies berharga ini selama-lamanya.
 

 

Juvenile Hammerhead sharks sold in a market in Sabah. © Sikula Magupin / WWF-Malaysia

TAHUKAH ANDA? YU DAN PARI PENTING UNTUK KITA DAN PLANET INI!

Betul! Yu dan pari memainkan peranan penting dalam mengekalkan kesihatan laut. Mereka membantu menyeimbangkan ekosistem marin, menyokong spesies lain, komuniti manusia, serta planet biru kita. Malah, mereka juga berperanan dalam membantu kita bernafas!

Yu dan pari secara tidak langsung menyokong pertumbuhan fitoplankton—tumbuhan laut mikroskopik yang menghasilkan hampir separuh daripada oksigen di Bumi. Tanpa mereka, keseimbangan ekosistem boleh terjejas, memberi kesan kepada kehidupan di lautan dan juga di daratan.

Blacktip reef shark (Carcharhinus melanopterus) in ocean.
© Serena Adam / WWF-Malaysia



APAKAH YANG BOLEH KITA LAKUKAN?

Malangnya, walaupun yu dan pari sangat penting bagi alam dan manusia, mereka kini semakin menghampiri ambang kepupusan. Namun, masih ada harapan—kita boleh mengubah keadaan ini. Kami mempunyai penyelesaian untuk menyelamatkan yu dan pari, dan anda juga boleh memainkan peranan dalam usaha ini.
 

© Serena Adam / WWF-Malaysia


Dengan Sokongan Anda, Kami Telah Berjaya:

  • Memantau spesies yu dan pari yang terancam dengan mengumpulkan data penting seperti panjang badan, jantina, tahap kematangan, dan genetik. Maklumat ini membantu kami memperjuangkan pemuliharaan dan pengurusan spesies ini di Malaysia dengan lebih berkesan.
  • Memahami keadaan yu dan pari di ekosistem terumbu karang serta melaksanakan usaha untuk menambah baik pengurusan kawasan marin demi perlindungan mereka.
  • Membangunkan strategi bagi mengurangkan tangkapan tidak sengaja, bekerjasama dengan komuniti nelayan tempatan untuk mengurangkan ancaman terhadap yu dan pari.

 

 
 

APAKAH YANG MASIH DIPERLUKAN?

© Serena Adam / WWF-Malaysia

 

Sumber yang mencukupi untuk melaksanakan penyelesaian di lapangan pada skala yang lebih besar dan cepat. Di sinilah anda boleh memainkan peranan. Sokonglah usaha kami dengan mengambil bahagian dalam pergerakan global untuk memulihara haiwan ini. Terima kasih.

DERMA SEKARANG UNTUK MEMBANTU KAMI MENYELAMATKAN IKAN YU DAN PARI DI TEMPAT YANG PALING DIPERLUKAN!