Apa yang anda ingin cari?

Selamatkan Orangutan Kita

Derma untuk membantu menyelamatkan Orang Utan dan terima resit pengecualian cukai.

© David James/ WWF-Malaysia
BANTU SELAMATKAN ORANG UTAN KITA



Anda akan menerima resit pengecualian cukai dan hadiah penghargaan (berbeza mengikut jumlah derma dan dihantar dalam Malaysia sahaja) atas derma anda yang penting dan amat bernilai.

800,000 TAHUN

Rekod fosil menunjukkan bahawa orang utan telah berada di Bumi selama lebih daripada 800,000 tahun dan populasinya pernah tersebar dari China hingga ke Sulawesi.

BORNEO DAN SUMATERA

Pada hari ini, orang utan di kawasan liar hanya dapat ditemui di pulau Borneo dan Sumatera. Ini menjadikan Malaysia salah satu daripada hanya dua buah negara di dunia yang menjadi tempat tinggal orang utan liar.

© Lee Shan Khee/ WWF-Malaysia

IBU HIDUPAN LIAR YANG MENAKJUBKAN

Ikatan antara ibu orangutan dan anaknya amatlah rapat. Sebelum mencapai usia dua tahun, anak-anak orang utan bergantung sepenuhnya pada ibu mereka untuk mendapatkan makanan dan bergerak.

Ibu orang utan tinggal bersama anaknya selama enam hingga tujuh tahun dan mengajar tentang tempat mencari makanan, jenis makanan dan cara untuk memakan, serta teknik membina sarang. Orang utan betina “melawat” ibunya sehinggalah ia mencapai usia 15 atau 16 tahun.

© WWF-Malaysia/Simon Rawles

KEPENTINGAN DAN ANCAMAN 

Orang utan Borneo adalah kunci kepada ekosistem hutan yang sihat yang kita perlukan untuk menjamin udara yang bersih, air yang segar, mitigasi perubahan iklim, kestabilan tanah dan rekreasi.

Sayangnya, jumlah orangutan semakin menurun akibat:

  • Degradasi habitat akibat amalan penebangan yang tidak mampan, perancangan penggunaan tanah yang tidak mampan serta penukaran hutan untuk pertanian dan pembangunan infrastruktur.

  • Habitat yang terpecah mengakibatkan populasi orangutan menjadi terasing.

© Mazidi Abd Ghani / WWF-Malaysia

USAHA PEMULIHARAAN SEGERA

Dermalah pada hari ini dan bantu WWF-Malaysia untuk:

  • Menjalankan pemulihan kawasan hutan yang telah ditebang dan terjejas akibat kebakaran dengan menanam semula campuran spesies pokok tempatan.

  • Menggalakkan perlindungan habitat penting.

  • Meningkatkan kesedaran tentang pemeliharaan orang utan.

  • Mewujudkan koridor hidupan liar untuk mengekalkan keterhubungan hidupan liar.

  • Membolehkan orang utan bergerak bebas di kawasan tanpa hutan untuk menyokong aliran gen. Menyokong produk lestari seperti produk minyak sawit yang diiktiraf RSPO dan produk kertas yang diiktiraf FSC.

Bersama-sama, kita boleh membuat perubahan.

DERMA SEKARANG