Apa yang anda ingin cari?

Selamatkan Penyu Kita!

Derma sekarang untuk membantu melindungi Penyu dan dapatkan resit pengecualian cukai.

© Mazidi Abd Ghani / WWF-Malaysia
BANTU SELAMATKAN PENYU KITA!

Derma anda yang amat bernilai akan membantu melindungi penyu kita. Sebagai tanda penghargaan, anda akan menerima resit pengecualian cukai serta hadiah istimewa (berbeza mengikut jumlah derma, dan penghantaran dalam Malaysia sahaja).

 

POPULASI SEMAKIN BERKURANG

Jumlah penyu terus menurun di banyak kawasan di seluruh dunia.

DI AMBANG KEPUPUSAN

Beberapa populasi penyu kini terancam dan hampir pupus akibat ancaman berikut.

© naturepl.com / Anup Shah / WWF

Ancaman

  • Kehilangan habitat bersarang dan sumber makanan.
  • Pengumpulan telur untuk kegunaan dan perdagangan.
  • ​Kematian akibat aktiviti perikanan dan pencemaran.

Penyu Sisik/Karah kini berstatus Terancam Kritikal, Penyu Hijau/Agar berstatus Terancam, dan Penyu Lipas berstatus Lemah Terancam.

© Eric Madeja / WWF-Malaysia

SELAMATKAN PENYU KITA

Pada sekitar tahun 1950-an, kira-kira 10,000 sarang Penyu Belimbing direkodkan setiap tahun di Rantau Abang, Terengganu. Namun, sejak tahun 2017, tiada lagi sarang Penyu Belimbing yang direkodkan.

Kita tidak boleh membiarkan penyu Sisik/Karah, Penyu Lipas, dan Penyu Hijau/Agar mengalami nasib yang sama. Penyu memainkan peranan penting dalam mengekalkan keseimbangan ekosistem marin.

Kehadirannya membantu menjamin sumber makanan laut, mengurangkan kesan perubahan iklim, serta menyokong komuniti pesisir dan ekopelancongan.

Kita perlu bertindak sekarang untuk menyelamatkan penyu kita sebelum terlambat!

© Jürgen Freund / WWF

USAHA PEMULIHARAAN SEGERA

Anda mempunyai kuasa untuk menyelamatkan penyu. Dermalah hari ini dan bantu WWF-Malaysia dalam usaha berikut:

  • Memantau dan mengawasi pantai persarangan bagi mengurangkan pengambilan haram telur penyu.

  • Meronda kawasan pemakanan penyu untuk mencegah pemburuan penyu.

  • Menjalankan penyelidikan bagi memahami habitat dan biologi penyu serta kesan perubahan iklim, demi meningkatkan usaha pemuliharaan.

  • Memperjuangkan undang-undang yang lebih kuat dan holistik serta memperkukuhkan penguatkuasaan di peringkat tempatan dan antarabangsa bagi melindungi penyu.
 
​Bersama, kita boleh memastikan kelangsungan hidup penyu untuk generasi akan datang! 

Bersama-sama, kita boleh membuat perubahan.

DERMA SEKARANG