The WWF is run at a local level by the following offices...
- WWF Global
- Adria
- Argentina
- Armenia
- AsiaPacific
- Australia
- Austria
- Azerbaijan
- Belgium
- Bhutan
- Bolivia
- Borneo
- Brazil
- Bulgaria
- Cambodia
- Cameroon
- Canada
- Caucasus
- Central African Republic
- Central America
- Chile
- China
- Colombia
- Croatia
- Democratic Republic of the Congo
- Denmark
- Ecuador
- European Policy Office
- Finland
Anda boleh membantu melindungi hidupan liar kita dengan menderma serendah RM50.
Anda akan menerima resit pengecualian cukai dan hadiah penghargaan (berbeza mengikut jumlah derma dan dihantar di dalam Malaysia sahaja) atas sumbangan anda yang penting dan amat bernilai.
Penurunan populasi hidupan liar global antara tahun 1970 dan 2014 menurut Laporan Planet Hidup 2018.
Anggaran PBB pada tahun 2016 mengenai nilai tahunan perdagangan haram hidupan liar. Ini meletakkannya di tempat keempat dalam senarai jenayah global paling menguntungkan selepas dadah, manusia, dan senjata.
Penurunan populasi hidupan liar global antara tahun 1970 dan 2014 menurut Laporan Planet Hidup 2018.
ekor harimau telah dirampas di Malaysia dari tahun 2000 hingga 2018.
Dalam masa kurang daripada 50 tahun, saiz populasi spesies vertebrata telah menurun sebanyak 60%. Perdagangan haram hidupan liar mengancam kelangsungan hidup banyak spesies di alam liar secara langsung. Harimau diburu untuk mendapatkan anggota badannya, tenggiling untuk sisiknya, dan gajah untuk gadingnya. Banyak spesies lain juga dieksploitasi, dari burung liar yang jarang ditemui hinggalah penyu laut.
Perdagangan hidupan liar melibatkan ratusan juta tumbuhan dan haiwan liar daripada puluhan ribu spesies.
- Untuk mengurangkan penyeludupan hidupan liar yang boleh mencetuskan risiko penyakit zoonotik jika tidak dipantau dan tidak dikawal.
- Untuk mengekalkan keseimbangan semula jadi alam kerana setiap spesies, tidak kira sekecil mana pun, mempunyai peranan penting dalam ekosistem.
- Untuk mengekalkan populasi hidupan liar yang lestari kerana kepelbagaian spesies yang lebih besar menjamin kelestarian semula jadi bagi semua hidupan.
Kehidupan manusia bergantung pada kewujudan planet Bumi yang berfungsi dengan baik. Penggunaan spesies hidupan liar dan habitat secara cermat dan bijaksana adalah penting untuk mengelakkan kepupusan dan gangguan serius terhadap jaringan kehidupan yang kompleks.
- Kewujudan perdagangan haram mengganggu usaha melindungi sumber asli dan menimbulkan persoalan tentang keselamatan sempadan negara. Sesetengah spesies yang diseludup mungkin diperoleh melalui cara yang menjejaskan alam sekitar. Penyeludup berusaha untuk menyembunyikan jenayah mereka dengan apa cara sekalipun. Selalunya, perdagangan haram hidupan liar berkait rapat dengan kekejaman terhadap hidupan liar, penyeludupan, pengelakan kastam, dan aktiviti haram lain.
- Secara tidak langsung, perdagangan hidupan liar juga boleh mencetuskan bahaya apabila spesies invasif dibawa masuk ke sesebuah tempat, dan kemudiannya memburu atau bersaing dengan spesies asal di tempat itu. Oleh kerana komuniti kampung bergantung pada haiwan liar dan tumbuhan tempatan untuk keperluan harian mereka, ketidakseimbangan dalam ekosistem semula jadi akan menjejaskan kesejahteraan komuniti dalam jangka masa panjang.
Kepakaran WWF yang meluas dapat memastikan ancaman terhadap alam sekitar akibat perdagangan hidupan liar ditangani dari sudut pandangan yang termaklum dan berperingkat global:
- Menggesa hukuman yang lebih ketat bagi pesalah perdagangan hidupan liar.
- Menyokong Konvensyen Perdagangan Antarabangsa Spesies Terancam Flora dan Fauna Liar (CITES).
- Mengukuhkan dan menguatkuasakan undang-undang untuk mematuhi peraturan CITES dengan membantu membangunkan program, mencipta peraturan, mengadakan bengkel, membantu usaha penguatkuasaan dan membiayai usaha membanteras pemburuan haram.
- Menghapuskan ancaman di lapangan, seperti menyahaktifkan jerat yang menyasarkan mamalia besar.
- Melaksanakan penyelidikan mengenai laluan perdagangan haram hidupan liar, mengkaji kesan perdagangan hidupan liar terhadap spesies tertentu, dan kekurangan dalam undang-undang perdagangan hidupan liar.
- Menggalakkan kerjasama rentas sempadan.
- Bekerjasama dengan agensi kerajaan dan sekolah untuk mewujudkan kesedaran awam.
- Mendidik pengguna untuk membuat pilihan yang bijak semasa membeli produk berasaskan hidupan liar.
- Bekerjasama dengan komuniti tempatan untuk melindungi hidupan liar.
Perdagangan haram hidupan liar memusnahkan spesies hidupan liar di seluruh dunia kerana pemburu haram, penyeludup, dan sindiket jenayah terancang mengejar keuntungan untuk memenuhi permintaan pelanggan. Pembelian produk yang diperoleh daripada perdagangan haram hidupan liar hanya akan menggalakkan lagi amalan ini. Oleh itu, jika permintaan menurun, perdagangan ini akan menjadi kurang menguntungkan.