Apa yang anda ingin cari?

KOMUNITI DI BARISAN HADAPAN MEMERLUKAN SOKONGAN ANDA

Anda boleh membantu komuniti tempatan melindungi alam semula jadi dan menambah baik mata pencarian mereka.

© Mazidi Abd Ghani / WWF-Malaysia
Dermalah untuk menyokong komuniti kita.



Anda akan menerima resit pengecualian cukai dan hadiah penghargaan (berbeza mengikut jumlah derma dan dihantar dalam Malaysia sahaja) atas sumbangan anda yang penting dan amat bernilai.

ALAM SEMULA JADI DAN MANUSIA DALAM ANCAMAN

Banyak tempat yang kaya dengan biodiversiti juga menjadi tempat tinggal masyarakat orang asli dan komuniti tempatan. Kehidupan dan mata pencarian mereka bergantung pada alam semula jadi. Tempat-tempat ini semakin terancam akibat penebangan hutan, pemburuan haram, penangkapan ikan berlebihan, pembangunan tidak mampan, dan perubahan iklim.

PELINDUNG BARISAN HADAPAN

Komuniti memainkan peranan penting dalam melindungi alam semula jadi. Mereka adalah pakar yang memiliki pengetahuan tempatan dan tradisional, dan sering menjadi barisan pertahanan pertama dan terakhir dalam menentang ancaman terhadap alam sekitar.

SEKUTU TERBESAR KITA

  • WWF-Malaysia bekerjasama dengan komuniti tempatan dan orang asli di sembilan buah tapak projek di seluruh Malaysia, dari hutan hujan Belum-Temengor, ke tanah tinggi Sarawak dan pulau-pulau di luar Semporna.

  • Komuniti yang diperkasakan adalah penjaga alam sekitar. Mereka bukan sahaja boleh membantu melindungi alam semula jadi, tetapi juga menjamin keselamatan mata pencarian, kesejahteraan dan budaya mereka sendiri.



TEKANAN YANG SEMAKIN MENINGKAT

Tatkala ancaman terhadap alam semula jadi semakin buruk, hidup komuniti yang bergantung pada alam sekitar untuk mendapatkan makanan, air, ubat-ubatan dan bahan binaan juga menjadi semakin sukar.

Cabaran utama yang dihadapi oleh komuniti-komuniti ini adalah:

  • Penurunan stok hidupan liar dan ikan.
  • Masalah kesihatan akibat pencemaran sungai dan laut.
  • Ancaman keselamatan dari pemburu haram dan penceroboh.
  • Konflik antara manusia dan hidupan liar.
  • Kehilangan mata pencarian dan pendapatan.
  • Kepupusan budaya dan tradisi.

KOMUNITI INI MEMERLUKAN BANTUAN ANDA

Barisan hadapan komuniti kami amat memerlukan sokongan. Sumbangan penting anda akan membantu WWF-Malaysia bekerjasama dengan komuniti untuk:

  • Melaksanakan program latihan, pendidikan, dan kesedaran.
  • IMeningkatkan pemantauan dan rondaan berasaskan komuniti untuk perlindungan spesies.
  • Membangunkan mata pencarian dan perusahaan komuniti yang mampan.
  • Menggalakkan pertukaran pengetahuan dan mengukuhkan rangkaian komuniti.
  • Memperkasakan komuniti dalam proses membuat keputusan dan perancangan.


Walaupun kami telah menjalankan usaha berterusan untuk memperkasakan komuniti dalam pemuliharaan, masih banyak tindakan yang perlu diambil. Sokongan anda akan membolehkan kami memulihara alam semula jadi Malaysia yang indah serta menjaga kesejahteraan, adat, dan warisan komuniti tempatan dan orang asli.

Bersama-sama, kita boleh membuat perubahan.

DERMA SEKARANG