The WWF is run at a local level by the following offices...
- WWF Global
- Adria
- Argentina
- Armenia
- AsiaPacific
- Australia
- Austria
- Azerbaijan
- Belgium
- Bhutan
- Bolivia
- Borneo
- Brazil
- Bulgaria
- Cambodia
- Cameroon
- Canada
- Caucasus
- Central African Republic
- Central America
- Chile
- China
- Colombia
- Croatia
- Democratic Republic of the Congo
- Denmark
- Ecuador
- European Policy Office
- Finland
Banyak syarikat bergantung pada sumber semula jadi dan aktiviti mereka boleh memberi impak yang besar terhadap alam sekitar. Namun, mereka juga mempunyai peranan penting dalam menyokong usaha pemuliharaan dan mengambil bahagian dalam usaha penyelesaian.
Perubahan dalam amalan korporat adalah penting jika kita ingin mencapai kemajuan sebenar dalam menangani cabaran pemuliharaan seperti perubahan iklim, penyelesaian tenaga bersih, dan memastikan penggunaan sumber semula jadi secara lestari. Dalam dunia yang semakin kompetitif hari ini, pengguna, pekerja, pemegang saham, dan pihak berkepentingan menuntut agar syarikat-syarikat menunjukkan amalan persekitaran yang baik dan menjalankan tanggungjawab korporat. Ketahui lebih lanjut tentang cara perniagaan anda boleh mendapat manfaat daripada kerjasama dengan WWF-Malaysia.
Sila emel pertanyaan kepada corporaterelations@wwf.org.my
Dengan melibatkan diri dalam perkongsian yang inovatif dan mencabar dengan sektor swasta, WWF bekerjasama dengan syarikat untuk;
- membantu mereka mengubah cara menjalankan perniagaan
- mengurangkan jejak alam sekitar
- dan menggalakkan perubahan serta penyelesaian inovatif.
Rakan-rakan perniagaan menyokong usaha WWF-Malaysia melalui pelaburan dalam projek pemuliharaan tertentu. Sokongan kewangan jangka panjang memberi keselamatan dan kesinambungan untuk projek-projek yang membantu memulihara spesies terancam dan sumber semula jadi kita, serta mendidik pemimpin masa depan dan meningkatkan pendapatan komuniti tempatan.
FILANTROPI STRATEGIK
Syarikat yang mempunyai rekod baik dalam tanggungjawab persekitaran korporat dan yang produk yang dihasilkan menggunakan amalan serta bahan mesra alam boleh memulakan kempen berorientasikan pengguna. Ini membolehkan pelanggan mereka menunjukkan sokongan dan menyumbang secara aktif kepada usaha pemuliharaan.
PERKONGSIAN PEMASARAN
WWF-Malaysia menawarkan program penglibatan pendidikan kepada kakitangan organisasi untuk mendapatkan pengalaman praktikal di lokasi lapangan kami. Ini membolehkan mereka memahami bahawa pembangunan lestari boleh dijalankan seiring dengan usaha pemuliharaan alam sekitar dan memberi inspirasi kepada mereka untuk lebih menghargai kehidupan dalam alam sekitar ini.
PENGLIBATAN PEKERJA
Perniagaan memainkan peranan penting dalam melindungi sumber bersama dan warisan kita untuk berkembang maju. Dengan menderma secara dalam talian kepada usaha pemuliharaan WWF-Malaysia, syarikat anda boleh membantu menyokong pemuliharaan spesies terancam dan sumber semula jadi kita, serta mendidik pemimpin masa depan dan meningkatkan pendapatan komuniti tempatan. Syarikat anda akan menerima resit tolakan cukai untuk derma dalam talian yang diberikan.
Dengan komitmen WWF untuk menjaga ketelusan mengenai semua perkongsian dalam rangkaian kami, WWF-Malaysia telah menerbitkan laporan Perkongsian Korporat tempatan untuk memberi gambaran mengenai perkongsian terbesar yang dijalankan oleh WWF-Malaysia bersama pelbagai syarikat. Dana yang diperolehi melalui perkongsian korporat biasanya digunakan oleh WWF-Malaysia untuk menyokong projek pemuliharaan nasional kami dan meningkatkan kesedaran awam mengenai cabaran-cabaran utama dalam usaha pemuliharaan.
LAPORAN PERKONGSIAN KORPORAT