The WWF is run at a local level by the following offices...
- WWF Global
- Adria
- Argentina
- Armenia
- AsiaPacific
- Australia
- Austria
- Azerbaijan
- Belgium
- Bhutan
- Bolivia
- Borneo
- Brazil
- Bulgaria
- Cambodia
- Cameroon
- Canada
- Caucasus
- Central African Republic
- Central America
- Chile
- China
- Colombia
- Croatia
- Democratic Republic of the Congo
- Denmark
- Ecuador
- European Policy Office
- Finland
Sejak tahun 2014, WWF-Malaysia dan CIMB Islamic Bank telah memulakan projek pemuliharaan sebagai sebahagian daripada usaha untuk melindungi alam dan mengurangkan impak persekitaran di Malaysia. Inisiatif ini direalisasikan dengan sokongan pelanggan CIMB Islamic yang menabung dan diberi ganjaran kerana mereka mempunyai kesedaran ekologi. CIMB Islamic komited untuk menyumbang 0.2% daripada jumlah baki keseluruhan portfolio produk yang berfokuskan alam sekitar ini kepada projek pemuliharaan alam. Perkongsian ini telah memberi manfaat kepada projek di empat buah lokasi di Malaysia iaitu Fraser's Hill di Pahang, Ulu Muda di Kedah, Ba’ Kelalan di Sarawak dan Setiu Wetlands di Terengganu.
KETAHUI LEBIH LANJUT
Perkongsian H&M dengan WWF-Malaysia adalah selaras dengan komitmen global organisasi ini untuk memimpin perubahan ke arah fesyen sirkular dan mesra iklim.
Sejak pelancaran inisiatif Choose To Reuse H&M di Malaysia pada Julai 2019, lebih 1.5 juta beg plastik dan kertas tidak lagi digunakan di kedai H&M. Sebagai sebahagian daripada inisiatif ini, pelanggan dikenakan cas RM0.20 untuk penggunaan setiap beg beli-belah plastik atau kertas di semua kedai H&M di Malaysia. Hasil yang dikumpulkan telah disumbangkan kepada projek WWF-Malaysia untuk melindungi sumber dan ekosistem air tawar yang merangkumi pemahaman tentang tahap kesedaran semasa mengenai isu dan pengurusan sisa, merancang program penglibatan pihak berkepentingan dan khidmat komuniti untuk mendidik dan menggalakkan tindakan pengurangan sisa pepejal di Lembah Klang dan Setiu Wetlands di Terengganu, serta menyokong usaha pemulihan tebing sungai di Long Semadoh, Sarawak.
Pada tahun 2016, WWF-Malaysia dan Yayasan Maybank memulakan kerjasama untuk mengukuhkan usaha pemuliharaan harimau Malaya di Kompleks Hutan Belum-Temengor. Program pemuliharaan ini bertujuan untuk memulihkan dan menstabilkan populasi harimau di kompleks hutan tersebut melalui perlindungan dan pemantauan, sokongan terhadap penambahbaikan amalan pengurusan, dan penglibatan dengan komuniti pribumi tempatan. Aktiviti yang dijalankan dalam program merangkumi usaha rondaan di seluruh kompleks hutan untuk mengurangkan pemburuan haram dan ancaman lain terhadap hidupan liar, serta kempen untuk meningkatkan kesedaran awam mengenai ancaman yang dihadapi oleh harimau Malaya. Hasil daripada sokongan yang diberikan oleh Yayasan Maybank dan WWF-Malaysia, Taman Negeri Royal Belum telah mendaftar untuk skim Conservation Assured | Tiger Standards (CA|TS), yang menjadikannya lokasi pertama di Asia Tenggara yang mendaftar untuk skim ini.
Pada tahun 2020, Yayasan Maybank memperbaharui komitmen mereka untuk menyokong usaha pemuliharaan harimau WWF-Malaysia selama 4 tahun akan datang, yang merangkumi usaha perlindungan, perolehan akreditasi CA|TS, pemantauan harimau dan mangsanya, penglibatan komuniti serta kempen komunikasi untuk meningkatkan kesedaran awam mengenai harimau Malaya.