Apa yang anda ingin cari?

PENGLIBATAN PEKERJA
© WWF-Malaysia
LAWATAN TAPAK PROJEK

WWF menawarkan program penglibatan pendidikan kepada pekerja syarikat untuk mendapatkan pengalaman secara langsung di tapak lapangan kami. Ini membolehkan mereka memahami bahawa pembangunan mampan boleh seiring dengan usaha pemuliharaan alam sekitar dan memberi inspirasi kepada mereka untuk mengamalkan kewarganegaraan alam sekitar yang lebih baik.


CERAMAH PEMULIHARAAN

WWF-Malaysia menjalankan ceramah pakar untuk mendidik pekerja mengenai isu-isu berkaitan hutan, air, penggunaan lestari, dan mengurangkan jejak ekologi di rumah dan di tempat kerja.


Untuk mengetahui lebih lanjut tentang cara anda boleh melibatkan kakitangan anda dengan WWF-Malaysia, hubungi kami di corporaterelations@wwf.org.my