The WWF is run at a local level by the following offices...
- WWF Global
- Adria
- Argentina
- Armenia
- AsiaPacific
- Australia
- Austria
- Azerbaijan
- Belgium
- Bhutan
- Bolivia
- Borneo
- Brazil
- Bulgaria
- Cambodia
- Cameroon
- Canada
- Caucasus
- Central African Republic
- Central America
- Chile
- China
- Colombia
- Croatia
- Democratic Republic of the Congo
- Denmark
- Ecuador
- European Policy Office
- Finland
PROGRAM PENGUMPULAN DANA BERSEMUKA (FACE TO FACE)
© Royal Belum Forest / WWF-Malaysia, LCF
1. Apakah program pengumpulan dana bersemuka ini?
Program ini direka khas untuk orang awam yang berminat menderma dan menyokong kerja pemuliharaan alam WWF-Malaysia secara bulanan, setiap 4 bulan, 6 bulan atau tahunan. Aktiviti pengumpulan dana kami dipromosikan secara bersemuka, sebuah kaedah yang mudah diakses dan mesra untuk memberi peluang kepada orang ramai mengetahui lebih lanjut mengenai kerja pemuliharaan WWF. Usaha pemuliharaan perlu disokong dalam jangka masa panjang untuk memastikan ia berkesan. Sebagai organisasi bukan untung yang tidak mendapat geran tetap, WWF-Malaysia bergantung pada derma untuk melindungi spesies dan kawasan terancam di Malaysia.2. Siapakah pasukan pengumpulan dana WWF-Malaysia?
Anda juga boleh menghubungi pasukan WWF-Malaysia secara terus melalui e-mel di kawan@wwf.org.my atau hubungi talian hotline kami di 1-300-88-99369 untuk pengesahan lanjut.3. Pihak manakah yang terlibat dalam program pengumpulan dana bersemuka ini?
Terdapat 6 pihak: WWF-Malaysia, Salesworks Sdn. Bhd., Omniraise Malaysia, One Sixty Asia Sdn Bhd, DialogueDirect Malaysia Sdn. Bhd., dan SG Support Services Sdn Bhd.Kami telah bekerjasama dengan Salesworks Sdn. Bhd., Omniraise Malaysia, One Sixty Asia Sdn. Bhd., dan DialogueDirect Malaysia Sdn. Bhd. Mereka adalah agensi pengumpulan dana kami yang mempromosikan program ini dengan menghantar pasukan kecil pengumpul dana terlatih yang dikenali sebagai wakil WWF untuk mempromosikan program pengumpulan dana ini di lokasi-lokasi popular di Kuala Lumpur, Selangor, Johor, Pulau Pinang dan negeri-negeri lain.
SG Support Services Sdn Bhd membantu kami menguruskan tugas-tugas pentadbiran program ini. Nombor perkhidmatan pelanggan kami ialah +603 2773 2878
4. Mengapakah WWF-Malaysia menggunakan agensi pengumpulan dana untuk mengumpul dana?
Walaupun kami ingin menggunakan kakitangan sendiri, kami tidak mampu menanggung kos penubuhan sebuah pasukan yang cukup besar untuk menjalankan program ini. Melalui kerjasama dengan agensi pengumpulan dana, WWF-Malaysia bukan sahaja dapat menjimatkan kos, kami juga boleh menyalurkan lebih banyak derma anda yang bernilai ke program pemuliharaan kami.
5. Mengapakah WWF tidak menggunakan sukarelawan?
Pengumpulan dana bersemuka adalah pekerjaan profesional yang memerlukan komitmen jangka panjang, kerja keras, dan kemahiran khusus. Semua wakil WWF diberi latihan intensif oleh WWF dan agensi pengumpulan dana sebelum mereka memulakan kerja. Walaupun kami amat menghargai para sukarelawan yang memainkan peranan penting dalam aktiviti pengumpulan dana tertentu, komitmen mereka di luar WWF adalah di luar kawalan kami, dan ini menjadikan mereka kurang sesuai untuk program ini.
6. Apakah yang berlaku pada dana yang dikumpul?
Dana yang dikumpul digunakan oleh WWF untuk menjalankan kerja lapangan saintifik, pendidikan alam sekitar, kerja dasar bersama kerajaan dan program komuniti yang membantu pemuliharaan alam.
7. Bagaimana saya boleh membuat sumbangan bulanan, setiap 4 bulan, 6 bulan atau tahunan kepada WWF?
Terdapat 2 cara: Melalui kad kredit, kad debit, atau melalui auto-debit dari akaun bank CIMB / Maybank (MBB) / RHB.
(Catatan: Wakil WWF tidak dibenarkan menerima sumbangan tunai. Dermaan melalui cek hanya diterima apabila penderma tidak mahu menderma melalui kaedah pembayaran di atas).
(Catatan: Wakil WWF tidak dibenarkan menerima sumbangan tunai. Dermaan melalui cek hanya diterima apabila penderma tidak mahu menderma melalui kaedah pembayaran di atas).
8. Mengapakah program ini hanya mempunyai skim derma bulanan, setiap 4 bulan, 6 bulan, dan tahunan?
Oleh kerana WWF adalah sebuah organisasi bukan untung dan bukan kerajaan yang bergantung pada derma awam, sebahagian besar daripada kerja pemuliharaan kami dibiayai oleh individu berhati mulia seperti anda. Kami memerlukan dana yang konsisten untuk membolehkan kami merancang usaha pemuliharaan dan terus melindungi keindahan alam semula jadi Malaysia. Kedermawanan dan sumbangan tetap anda akan membantu WWF menjalankan program jangka panjang yang bertujuan melindungi dan meninggalkan planet yang hidup untuk generasi masa depan.
9. Bagaimanakah cara untuk saya memastikan kesahihan wakil?
Semua wakil kami dikehendaki membawa lencana ID mereka. Anda juga boleh menghubungi pasukan WWF-Malaysia secara langsung melalui e-mel di kawan@wwf.org.my atau hotline kami di 1-300-88-99369 untuk pengesahan lanjut dengan memberikan nama penuh dan nombor telefon wakil yang ingin anda sahkan
10. Saya mempunyai maklum balas mengenai wakil WWF. Apakah yang perlu saya lakukan?
Kami sentiasa berusaha untuk menambah baik perkhidmatan. Oleh itu, kami sangat menghargai jika anda boleh menghubungi kami secara langsung (maklumat hubungan WWF di bawah) dengan maklum balas anda mengenai wakil kami. Untuk membolehkan kami menangani maklum balas anda dengan lebih baik, sila berikan maklumat berikut sekiranya boleh:
a. Nama wakil
b. Tarikh dan lokasi pertemuan dengan wakil kami
a. Nama wakil
b. Tarikh dan lokasi pertemuan dengan wakil kami
11. Bagaimanakah cara untuk saya membatalkan / menghentikan sumbangan bulanan, setiap 4 bulan, 6 bulan atau tahunan kepada WWF?
Setiap ringgit yang diterima adalah penting untuk melaksanakan kerja pemuliharaan dan kami berharap agar kami terus mendapat sokongan anda. Walau bagaimanapun, jika anda perlu menghentikan sumbangan, anda hanya perlu memberi kami notis bertulis 30 hari sebelum tarikh pemotongan seterusnya. Jika anda tidak dapat meneruskan sokongan kewangan anda kepada WWF, sila hubungi kami supaya kami boleh menasihati anda mengenai cara lain untuk terus membantu kami dalam usaha pemuliharaan.