Apa yang anda ingin cari?

PASUKAN SUPPORTWORKS
© WWF-Malaysia/Mukhriz Hazim

Supportworks adalah sebuah jenama Salesworks Sdn. Bhd dan merupakan agensi pengumpulan dana yang sah untuk WWF-Malaysia.

Ini adalah pemungut dana kami:

1. ABDUL MALIK BIN ABDUL RAZAK (UX0004)
2. ABU HURAIRAH BIN MOHD HASSAN (UM1779)
3. ADIBA BINTI MOHAMAD SALIM (UN0916)

4. AIDA SYAHIRAH BT NIZAM (JX0265)
5. AINA IMANINA MOHTI (UX0005)
6. AINNUR HAZIQAH BINTI IBRAHIM (UZ0030)
7. ALIF NAIM BIN ROSLI (UN0863)
8. ALVIN JEBARAJ LAURENCE (UX0007)
9. AMMAR HAZIQ MUSTAZA (UR0069)
10. ANG TZE LER (JX0290)
11. ANIS BINTI AZIZI (UR0138)
12. AZFAR BIN ANUAR (UZ0001)
13. CHOCK WENG ONN EDDIE (JX0297)
14. CHUEH DI-AN (JX0247)
15. DANIAL IKHWAN MOHAMAD RASDI (UK0003)
16. FAJRI TRI SATRIA PUTRA UM1829)
17. FATIN HANNAH BINTI PUZI (UZ0047)
18. GOH CHEE KAI (JX0204)
19. HEW TECK LOONG (JX0294)
20. HIMANTHKUMAR SINGH A/L SARBAN SINGH (UM1668)
21. IZZAFIQ HIDAYATULLAH (UZ0039)
22. KAUSHALYA A/P RAJAN (UX0002)
23. KELLY WONG YI KEI (JX0246)
24. KHUGEN RAJ A/L RAMACHENDRAN (NA3664)
25. LOSHINIPRIYA VASAGAM (UM1828)
26. MOHAMMAD NAZMI BIN ZAKARIA (UZ0022)
27. MOHD SAIFUL AIDIL MOHD FARID MAJDI (UN0514)
28. MUHAMAD SHAMSUL AKMA BIN MAZLAN (UN0795)
29. MUHAMMAD AIMAN HARITH BIN HAIRAN (UX0010)
30. MUHAMMAD AINUL AMIR BIN SHAHARUDDIN (UN1007)
31. MUHAMMAD FARID SHAMSUDDIN (UK0006)

32. MUHAMMAD FARIS FARHAN BIN HARIS (UK0050)
33. MUHAMMAD HAZRIQ AZRAEI BIN MOHD HALIMI (UN1002)
34. MUHAMMAD NAJMI BIN KHAIRUDDIN (UZ0004)
35. MUHAMMAD NAJMUDDIN BIN NOOR LIZAL (UN1019)
36. MUHAMMAD SYAHRIN NAZMEER ARIFFIN (UK0008)
37. NIK MUHAMMAD ADAM HAKIMI BIN MOHD NASRUL (UN1012)
38. NOR LIZA ELIS BINTI NAWASI (UN1017)
39. NUR ADILA KAMARUL BAHRIN (UR0001)

40. PAVITHRA SRI AP PREGASH (JX0291)
41. PHAN PEI YEE (JX0186)
42. SAFIYAH BINTI MOHD YUSOF (UN1011)
43. SANDRA PERAGESH A/L PALANIAYAH (UX0001)
44. SASMITHRA A/P KRISHNAN (UM1775)
45. SHABEINA ANDREW STEPHEN (UM1830)
46. SHANMUGAM A/L VEERAMOHAN (UR0002)
47. SUTHIKARN SRISUK AP PERIDI (JX0293)
48. WOO WEI JUN (JX0296)

Program Pengumpulan Dana Bersemuka – Supportworks

1. Apakah program pengumpulan dana bersemuka ini?

Program ini direka khas untuk orang awam yang berminat untuk menderma dan menyokong usaha pemuliharaan alam semula jadi WWF-Malaysia secara bulanan, setiap 4 bulan, atau tahunan. Usaha pemuliharaan perlu dijalankan dalam tempoh yang panjang agar ia berkesan. Sebagai organisasi bukan untung yang tidak menerima geran tetap, WWF-Malaysia bergantung pada derma untuk melindungi spesies dan kawasan terancam di Malaysia.
 

2. Pihak manakah yang terlibat dalam program ini?

Terdapat 3 pihak: WWF-Malaysia, Supportworks, sebuah jenama Salesworks Sdn. Bhd., dan SG Support Services Sdn. Bhd.

Kami telah melantik Salesworks Sdn. Bhd. yang mempromosikan program ini dengan menghantar pasukan kecil pengumpul dana terlatih untuk mempromosikan program pengumpulan dana bersemuka di lokasi-lokasi popular di Kuala Lumpur, Selangor, Johor, dan negeri-negeri lain.

SG Support Services Sdn. Bhd. membantu kami menguruskan kerja-kerja pentadbiran program ini.

3. Mengapakah WWF menggunakan agensi untuk pengumpulan dana bersemuka?

Walaupun kami ingin menggunakan kakitangan sendiri, kami tidak mampu menanggung kos penubuhan sebuah pasukan yang cukup besar untuk menjalankan program ini. Melalui kerjasama dengan agensi pengumpulan dana seperti Salesworks Sdn. Bhd., WWF-Malaysia bukan sahaja dapat menjimatkan kos, kami juga boleh menyalurkan lebih banyak derma anda yang bernilai ke program pemuliharaan kami.
 

4. Mengapakah WWF tidak menggunakan sukarelawan?

Pengumpulan dana bersemuka adalah pekerjaan profesional yang memerlukan komitmen jangka panjang, kerja keras, dan kemahiran khusus. Semua wakil WWF diberi latihan intensif oleh WWF dan Salesworks sebelum mereka memulakan kerja. Walaupun kami amat menghargai para sukarelawan yang memainkan peranan penting dalam aktiviti pengumpulan dana tertentu, komitmen mereka di luar WWF adalah di luar kawalan kami, dan ini menjadikan mereka kurang sesuai untuk program ini.
 

5. Adakah Salesworks menerima komisen daripada sumbangan saya?

Tidak. Salesworks menerima bayaran tetap sebanyak sekali sahaja dari bajet pengumpulan dana yang telah diperuntukkan oleh WWF. Sumbangan anda diterima secara langsung oleh WWF-Malaysia.
 

6. Apakah yang berlaku kepada dana yang dikumpul?

Dana yang dikumpul digunakan oleh WWF untuk menjalankan kerja lapangan saintifik, pendidikan alam sekitar, kerja dasar bersama kerajaan, dan program komuniti yang membantu pemuliharaan alam.
 

7. Bagaimanakah cara untuk saya memastikan kesahihan wakil?

Semua wakil kami dikehendaki membawa lencana ID mereka. Anda juga boleh menghubungi pasukan WWF-Malaysia secara langsung melalui e-mel di kawan@wwf.org.my atau hotline kami di 1-300-88-99369 untuk pengesahan lanjut dengan memberikan nama penuh dan nombor telefon wakil yang ingin anda sahkan.

Untuk tujuan pengesahan semasa pendaftaran, wakil kami akan menggunakan nombor ini untuk menghubungi anda (03-27073000).

8. Saya mempunyai maklum balas mengenai wakil WWF. Apakah yang perlu saya lakukan?

Kami sentiasa berusaha untuk menambah baik perkhidmatan. Oleh itu, kami sangat menghargai jika anda boleh menghubungi kami secara langsung (maklumat hubungan WWF di bawah) dengan maklum balas anda mengenai wakil kami. Untuk membolehkan kami menangani maklum balas anda dengan lebih baik, sila berikan maklumat berikut sekiranya boleh:
a. Nama wakil
b. Tarikh dan lokasi pertemuan dengan wakil kami
 

9. Bagaimanakah cara untuk saya membatalkan / menghentikan sumbangan bulanan, 4-bulan atau tahunan saya kepada WWF?

Setiap ringgit yang diterima adalah penting untuk melaksanakan kerja pemuliharaan dan kami berharap agar kami terus mendapat sokongan anda. Walau bagaimanapun, jika anda perlu menghentikan sumbangan, anda hanya perlu memberi kami notis bertulis 30 hari sebelum tarikh pemotongan seterusnya. Jika anda tidak dapat meneruskan sokongan kewangan anda kepada WWF, sila hubungi kami supaya kami boleh menasihati anda mengenai cara lain untuk terus membantu kami dalam usaha pemuliharaan.