Apa yang anda ingin cari?

TELEFUNDRAISING
© David James / WWF-Malaysia

1. Apakah itu Telefundraising?

Telefundraising adalah kempen pengumpulan dana yang dijalankan dengan menelefon dan menjemput penderma berpotensi yang menunjukkan minat untuk menyokong WWF-Malaysia sebagai penderma. Mereka yang menerima panggilan telefon ini akan berpeluang untuk berbual dengan pengumpul dana tele kami yang berdedikasi dan mesra mengenai cara untuk membuat sumbangan bulanan secara tetap.
 

2. Siapakah pasukan Telefundraising WWF-Malaysia?


Anda juga boleh menghubungi pasukan WWF-Malaysia secara langsung melalui e-mel di kawan@wwf.org.my atau hubungi hotline kami di 1-300-88-99369 untuk pengesahan lanjut.
 

3. Mengapakah WWF-Malaysia tidak menggunakan kakitangan mereka sendiri untuk Telefundraising?

Walaupun kami ingin menggunakan kakitangan sendiri, kami tidak dapat menanggung kos untuk menubuh dan menyelenggara pasukan yang cukup besar untuk menguruskan bahagian pengumpulan dana baru ini. Kerjasama dengan penyedia perkhidmatan telefundraising membolehkan WWF-Malaysia menjimatkan kos dan menyalurkan lebih banyak sumbangan berharga anda kepada program pemuliharaan kami.
 

4. Apakah yang terjadi kepada dana yang dikumpul?

Dana yang dikumpul digunakan oleh WWF untuk melaksanakan kerja lapangan sains, pendidikan alam sekitar, kerja dasar bersama kerajaan dan program komuniti yang membantu pemuliharaan alam.
 

5. Adakah penyedia perkhidmatan telefundraising mendapat komisen daripada sumbangan saya?

Tidak, penyedia perkhidmatan telefundraising tidak mendapat komisen. Mereka menerima bayaran tetap sebanyak sekali sahaja dari bajet pengumpulan dana yang telah diperuntukkan oleh WWF. Sumbangan anda diterima secara langsung oleh WWF-Malaysia.
 

6. Saya mempunyai maklum balas mengenai wakil WWF. Apakah yang perlu saya lakukan?

Kami mengalu-alukan maklum balas anda kerana ia membantu kami memperbaiki sokongan kami kepada anda. Untuk membolehkan kami menangani maklum balas anda dengan lebih baik, sila juga berikan kami maklumat berikut jika boleh:

a. Nama penuh anda
b. Maklumat perhubungan anda (telefon / email)
c. Nama wakil yang anda temui / hubungi
d. Tarikh dan masa pertemuan dengan wakil kami