Apa yang anda ingin cari?

SG Support Services Sdn Bhd
© WWF-Malaysia / Mazidi Abd Ghani

1. Siapakah pasukan Telefundraising WWF-Malaysia?

SG Global Support Services Sdn Bhd adalah penyedia perkhidmatan yang sah untuk WWF-Malaysia dan mewakili kami sebagai salah sebuah pasukan Telefundraising kami.

Pasukan Telefundraising kami:
  1. Soniya Ratyy Ravindran
  2. Loh Jenny
  3. Ritah A/P Chandragesan
  4. Putri Noor Alia Syafinaz Binti Mohd Yusof
  5. Subhasini A/P Jeyabalan
  6. Wan Arisya Fatihah Binti Wan Zaib
  7. Yogeshwarri A/P Balakrishnan
  8. Jacqueline Camilla George Arsene
  9. Nor Fatin Farhana Che Rani
  10. Norhidayah Khastam
  11. Fathiah Liyana Mustaza
 

2. Mengapakah WWF-Malaysia menggunakan agensi pengumpulan dana untuk mengumpul dana?

Walaupun kami ingin menggunakan kakitangan sendiri, kami tidak dapat menanggung kos untuk menubuhkan sebuah pasukan yang cukup besar untuk menampung dan menjalankan program ini. Kerjasama dengan penyedia perkhidmatan telefundraising membolehkan WWF-Malaysia menjimatkan kos dan menyalurkan lebih banyak sumbangan berharga anda kepada program pemuliharaan kami.
 

3. Apa tanggungjawab SG Global Support Services Sdn Bhd?

SG Global Support Services Bhd bertanggungjawab mengumpul dana melalui telefon dan e-mel (sila lihat soalan 4).

4. Bagaimanakah cara untuk saya memastikan kesahihan wakil?

Wakil kami akan menggunakan alamat e-mel servicecare.mys@sgsupport.com untuk membalas pertanyaan dalam talian anda dan nombor-nombor telefon ini untuk menghubungi anda.

Nombor telefon:

1. 60389663784
2. 60390783616
3. 60327795068


Anda juga boleh menghubungi pasukan WWF-Malaysia secara langsung melalui e-mel di kawan@wwf.org.my atau menghubungi hotline kami di 1-300-88-99369 untuk pengesahan lanjut dengan memberikan kami nama penuh dan nombor telefon wakil yang ingin anda sahkan.
 

5. Saya mempunyai maklum balas mengenai wakil WWF. Apakah yang perlu saya lakukan?

Kami mengalu-alukan maklum balas anda kerana ia membantu kami memperbaiki sokongan kami kepada anda. Untuk membolehkan kami menangani maklum balas anda dengan lebih baik, sila juga berikan kami maklumat berikut jika boleh:
a. Nama penuh anda
b. Maklumat perhubungan anda (telefon / email)
c. Nama wakil yang anda temui / hubungi
d. Tarikh dan masa pertemuan dengan wakil kami