Apa yang anda ingin cari?

© David James / WWF-Malaysia

AIR TAWAR

Air tawar adalah salah satu sumber yang paling penting untuk manusia dan semua makhluk hidup lain di bumi. Air amatlah penting dalam kehidupan kita, dan air bersih yang mencukupi adalah penting untuk kehidupan yang sihat serta kesejahteraan alam sekitar.

GAMBARAN KESELURUHAN

Malaysia menerima taburan hujan yang banyak dengan purata 3,000mm setiap tahun. Ini menyumbang kepada sumber air tahunan dengan anggaran kira-kira 900 bilion meter padu. Kira-kira 97% daripada bekalan air mentah untuk keperluan pertanian, domestik dan perindustrian diperoleh daripada sumber air permukaan, terutamanya sungai. Malaysia mempunyai 189 lembangan sungai - 89 di Semenanjung Malaysia, 78 di Sabah dan 22 di Sarawak. Semua sungai ini berasal dan mengalir dari tanah tinggi.



MEMELIHARA LEMBANGAN SUNGAI

Selain sebagai sumber air, sungai juga menyumbang kepada kehidupan kita melalui pelbagai cara. Kita mempunyai hubungan yang amat rapat dengan sungai kerana ia memberi kesan dari segi budaya, sosial dan ekonomi. Kita bergantung kepada sungai untuk sumber makanan, dan masyarakat yang tinggal di sekitarnya sangat bergantung kepada sungai sebagai sumber mata pencarian. Kita menggunakan sungai sebagai laluan pengangkutan dan navigasi, untuk menjana tenaga hidroelektrik, untuk mengairi tanah pertanian, sebagai pusat untuk mewujudkan penempatan baru dan untuk rekreasi.

Bersama-sama, kita boleh membuat perubahan.

DERMA SEKARANG

PENGGUNAAN AIR LESTARI

Kita semua menyedari bahawa air diperlukan dalam semua aspek kehidupan dan bekalan air berkualiti yang mencukupi adalah penting untuk kesejahteraan hidup. Tanpa air, pembangunan juga tidak akan dapat dicapai. Ia merupakan faktor biasa dalam semua sektor pembangunan. Di Malaysia, kita dikurniakan dengan limpahan hujan dan sumber air. Dianggarkan, setiap daripada kita dapat menikmati sebanyak lebih daripada 5,000 m3 air boleh diperbaharui per kapita setahun.



MEMULIHARA HABITAT AIR TAWAR

Habitat air tawar yang penting di negara ini ialah hutan tanah tinggi dan tanah basah (kedua-dua tanah basah berhutan dan badan air seperti sungai dan tasik. Hutan di tanah tinggi, juga dikenali sebagai 'menara air' semula jadi kerana fungsi tadahan airnya, mewujudkan bekalan air bersih yang berterusan. Ia merupakan punca bagi kebanyakan sumber air negara. Tanah basah menyediakan pelbagai fungsi ekologi dan hidrologi semula jadi. Oleh itu, kawasan ini memainkan peranan penting dalam bekalan air, pembersihan air dan kawalan banjir.





Ekosistem air tawar ini menghadapi pelbagai ancaman dan cabaran. Menyedari hal ini, WWF-Malaysia menggalakkan pemuliharaan, pengurusan bersepadu dan penggunaan mampan ekosistem air tawar.

© Mazidi Abd Ghani / WWF-Malaysia