Apa yang anda ingin cari?

© Mazidi Abd Ghani/ WWF-Malaysia

DASAR DAN SOKONGAN

Sejak ditubuhkan pada tahun 1972, WWF-Malaysia telah terlibat secara aktif dalam kerja dasar dan advokasi. Kami telah mengguna pakai pelbagai pendekatan dan kerjasama yang berkesan untuk mempromosikan dasar, rancangan, program dan perundangan dalam mempromosikan perlindungan alam sekitar dan pembangunan mampan. Ini termasuklah melalui penglibatan dengan pelbagai kementerian dan jabatan kerajaan di peringkat persekutuan, negeri dan tempatan untuk mempengaruhi pembuat keputusan agar mengutamakan pertimbangan alam sekitar dan pemuliharaan dalam perancangan pembangunan.

Menyokong perubahan

Penggunaan dasar yang sesuai, berkesan dan tepat pada masanya adalah penting agar pemuliharaan alam sekitar dilaksanakan dengan berkesan. Demi membantu memanfaatkan perubahan yang lebih besar dan untuk jangka masa yang panjang, kami melibatkan diri secara strategik dalam urusan campur tangan dasar negara dan isu undang-undang.

KETAHUI LEBIH LANJUT


Bersama-sama, kita boleh membawa perubahan.

DERMA SEKARANG

Perancangan untuk mengelakkan konflik gunatanah

Tahukah anda bahawa perubahan penggunaan tanah yang berlaku ratusan dan ribuan kilometer jauhnya dari kita boleh menjejaskan kita? Kesan negatif akibat penggunaan tanah termasuklah pencemaran air minuman, banjir kilat dan tanah runtuh. Perancangan dan pengurusan penggunaan tanah adalah penting untuk membantu mengurangkan konflik penggunaan tanah, memulihara ekosistem kritikal, melindungi dan mengurus habitat sensitif alam sekitar, memulihkan kawasan pemuliharaan yang terjejas, dan akhirnya, memastikan kehidupan yang sihat dan selamat untuk rakyat Malaysia.

KETAHUI LEBIH LANJUT