Apa yang anda ingin cari?

© Naturepl.com / Juan Carlos Munoz / WWF

HIDUPAN LIAR

Malaysia diiktiraf sebagai salah satu daripada 12 buah negara mega-biodiversiti dan banyak spesiesnya mempunyai kepadatan yang luar biasa. Sebagai contoh, negara ini dianggarkan mempunyai kira-kira 1,500 spesies vertebrata darat.

HARIMAU MALAYA

Harimau Malaya adalah lambang keberanian dan kekuatan yang menjadi lambang Polis Diraja Malaysia, pasukan bola sepak dan Jata Negara, iaitu lambang negara kita. Harimau Malaya merupakan makhluk territorial yang memerlukan kawasan hutan yang luas untuk berkeliaran. Ia memburu bersendirian dan diet utamanya adalah mangsa yang lebih kecil, terutamanya rusa sambar. Harimau melahirkan dua hingga empat ekor anak setiap dua tahun. Anak-anak itu tinggal bersama ibu mereka sehingga mereka berumur dua tahun sebelum hidup sendiri.

KETAHUI LEBIH LANJUT



GAJAH BORNEO

Gajah Asia berbeza daripada gajah Afrika berdasarkan beberapa ciri. Gajah Asia mempunyai telinga yang lebih kecil, tidak seperti telinga besar berbentuk kipas spesies Afrika. Gajah Asia juga jauh lebih kecil. Gajah Asia yang hidup di utara Borneo dikenali sebagai gajah Borneo. Gajah Borneo dianggap sebagai unit yang penting dalam evolusi. Disebabkan kehilangan habitat, pemecahan, pemburuan haram dan konflik antara manusia dan gajah, populasi gajah Borneo di Borneo Malaysia dianggarkan tinggal hanya 1,500 ekor. Gajah Asia disenaraikan sebagai 'terancam' di bawah Senarai Merah Spesies Terancam IUCN dan berjumlah antara 48,300 hingga 51,680 individu liar.

KETAHUI LEBIH LANJUT
PENYU LAUT

Reptilia laut ini berenang jauh dan naik ke darat hanya untuk bersarang di pantai Malaysia. Ia terkenal dengan umurnya yang panjang dalam kalangan budaya tempatan. Malangnya, bilangan penyu laut di kebanyakan tempat telah menjunam dan beberapa populasi berada di ambang kepupusan. Pada tahun 1950-an, kira-kira 10,000 sarang penyu belimbing telah direkodkan di Rantau Abang, Terengganu. Tiada sarang penyu belimbing direkodkan sejak tahun 2011. Kita tidak boleh membiarkan penyu karah, penyu lipas dan penyu hijau mengalami nasib yang sama.

KETAHUI LEBIH LANJUT


Bersama-sama, kita boleh membuat perubahan.

DERMA SEKARANG


ORANGUTAN

Satu-satunya spesies beruk besar Asia, orang utan atau 'man of the forest' hanya boleh ditemui di kepulauan Borneo dan Sumatera. Orang utan Borneo telah diklasifikasikan sebagai Terancam Kritikal dalam Senarai Merah IUCN, dengan kira-kira 13,000 ekor orang utan yang tinggal di kawasan liar di Sabah dan Sarawak. Usaha pemuliharaan yang konsisten oleh NGO dan agensi kerajaan yang berkaitan telah memastikan populasi orang utan di Malaysia kekal stabil. Walau bagaimanapun, usaha pemuliharaan dan kesedaran perlu diteruskan untuk melindungi populasi orang utan dalam jangka masa panjang

KETAHUI LEBIH LANJUT
JERUNG DAN PARI

Jerung dan pari – haiwan yang menjadi mitos, ditakuti, dihormati, dan tidak difahami. Makhluk yang menakjubkan ini menawan imaginasi kita. Malangnya, ikan-ikan ini dibunuh pada kadar yang lebih tinggi berbanding kadar pembiakannya. Ancaman utama kepada kedua-dua spesies ini ialah pemancingan secara berlebihan. Setiap tahun, hampir 100 juta ekor jerung dan pari dibunuh untuk mendapatkan daging dan sirip. Ini bermakna, beratus-ratus spesies kini berada di ambang kepupusan, termasuklah jerung tukul yang ikonik. Malangnya, walaupun jerung dan pari sangat penting untuk alam semula jadi dan manusia, kedua-duanya kini hampir pupus. Tetapi, kita boleh mengubah keadaan ini. Kami mempunyai penyelesaian untuk menyelamatkan mereka – dan anda boleh membantu.

KETAHUI LEBIH LANJUT



DOLFIN DAN BAKAU

Kawasan bakau berfungsi sebagai tapak pembiakan dan tempat makan untuk mamalia marin, ikan, ketam dan udang, dan menyokong aktiviti perikanan serta mata pencarian tempatan. WWF-Malaysia bekerja dengan aktif di Rajang-Belawai-Paloh, dan bakau di sini turut menyediakan kayu api yang digunakan dalam pengeluaran udang salai, sejenis makanan tempatan istimewa yang dikenali sebagai sesar udang. Selain itu, bakau memainkan peranan penting dalam melindungi kawasan pantai daripada lonjakan ribut dan hakisan sambil membantu memerangi perubahan iklim dengan berfungsi sebagai penyerap karbon. Bakau adalah penting kepada dolfin kerana ia menyediakan tapak pembiakan untuk ikan, tempat perlindungan dan kawasan makan yang penuh dengan sumber. Akar yang lebat melindungi hidupan laut juvenil dan menawarkan banyak mangsa untuk dolfin. Bakau meningkatkan kualiti air dengan menapis bahan pencemar dan ini adalah penting untuk kesihatan dolfin, Bakau turut melindungi kawasan pantai daripada hakisan dan memastikan habitat kekal stabil.

KETAHUI LEBIH LANJUT





Hidupan liar adalah kunci kepada ekosistem hutan yang sihat. Kita memerlukannya untuk mengekalkan udara yang bersih, air tawar, mitigasi perubahan iklim, kestabilan tanah dan rekreasi. Sokonglah usaha WWF-Malaysia untuk menyelamatkan hidupan liar kita, menyelamatkan hutan kita dan menyelamatkan diri kita sendiri.

© Christopher Wong / WWF-Malaysia