Apa yang anda ingin cari?

© Mazidi Abd Ghani / WWF-Malaysia

HUTAN

Hutan meliputi 30% daripada permukaan Bumi dan mengandungi banyak kepelbagaian biologi di darat. Ia menampung lebih daripada dua pertiga spesies daratan yang diketahui, dan kebanyakan daripadanya berstatus terancam.

KEBIMBANGAN UTAMA

Pada masa dahulu, hampir keseluruhan permukaan tanah Malaysia dilitupi hutan. Pada hari ini pula, hutan masih meliputi kira-kira 54% daripada jumlah keluasan tanah. Walaubagaimanapun, penebangan hutan menjadi kebimbangan utama kerana negara ini masih pesat membangun. Selain daripada penebangan hutan, hutan yang tinggal menghadapi ancaman daripada pembalakan yang tidak mampan, pengambilan hasil hutan secara haram dan pencerobohan akibat aktiviti pertanian dan pembandaran.



HUTAN HUJAN MALAYSIA

Hutan hujan tropika menampung kepelbagaian organisma hidup yang terbesar di Bumi. Dengan anggaran julat antara 3 hingga 50 juta spesies flora dan fauna, hutan hujan adalah juara kepelbagaian biologi yang tidak dapat dipertikaikan dalam kalangan ekosistem dunia. Hutan hujan Asia Tenggara, termasuklah Malaysia, dipercayai merupakan hutan tertua dan antara yang mempunyai kepelbagaian biologi tertinggi di dunia. Kepelbagaian ini bukanlah satu kebetulan. Tetapi, ia adalah hasil daripada siri keadaan yang unik.

KAWASAN PERLINDUNGAN UNTUK EKOSISTEM BERKEMBANG

Kawasan yang dilindungi adalah penting untuk pemuliharaan habitat semula jadi, spesies dan kepelbagaian genetik. Di Malaysia, terdapat banyak skop untuk penubuhan lebih banyak kawasan lindungan dan penambahbaikan kawasan sedia ada. Menurut sejarah, kawasan yang dilindungi sering dirujuk sebagai asas biodiversiti.

SENARAI HIJAU IUCN



SELAMATKAN HUTAN, SELAMATKAN DIRI KITA

Kawasan Borneo mendatangkan gambaran pengembaraan di sebuah pulau misteri, makhluk aneh dan pertemuan dengan pelbagai orang. Bagi mereka yang menyokong usaha pemuliharaan pula, Borneo merupakan sebuah kawasan panas biodiversiti dunia. Program pemuliharaan yang dikenali sebagai Heart of Borneo merangkumi bukan hanya sebarang kawasan di Borneo, tetapi hutan tanah tinggi di tengah kepulauan tersebut.

Bersama-sama, kita boleh membuat perubahan.

DERMA SEKARANG

HEART OF BORNEO

Borneo mengandungi salah satu daripada hutan hujan tertua dan merupakan kawasan panas biodiversiti di dunia. The Heart of Borneo ialah kerjasama antara negara Malaysia, Indonesia dan Brunei yang meliputi landskap seluas 22 juta hektar kawasan pemuliharaan dan penggunaan lestari. Ia merupakan salah sebuah kawasan pemuliharaan keutamaan global WWF dan tempat tinggal himpunan pelbagai hidupan liar, termasuklah spesies endemik Borneo seperti monyet proboscis, orang utan dan gajah. Landskap ini juga penting untuk kesejahteraan sosio dan ekonomi penduduk tempatan dan orang asli. Untuk mengekalkan hubungan harmoni antara manusia dan alam semula jadi, hutan dan tanah mestilah diurus secara mampan.

KETAHUI LEBIH LANJUT



PROGRAM LANDSKAP SABAH

WWF-Malaysia menyokong pelaksanaan dasar negara dan negeri melalui Program Landskap Sabah (SLP) yang mempunyai tiga teras: Lindungi, Hasilkan dan Pulihkan. SLP bertujuan untuk menyokong pencapaian di bawah matlamat pembangunan mampan dengan menyepadukan perlindungan hutan, hidupan liar dan sungai dengan pengeluaran minyak sawit yang diiktiraf oleh RSPO, serta pemulihan koridor ekologi dan rizab riparian. Melalui program itu, WWF-Malaysia akan menjalankan kerja di tiga buah landskap keutamaan seperti Tabin, Tawau dan Hilir Sugut. Usaha pemuliharaan seterusnya juga akan diteruskan di landskap Hutan Tengah, Kalabakan dan Ulu Padas-Nabawan.

KETAHUI LEBIH LANJUT




Di WWF-Malaysia, kami menyasarkan untuk meningkatkan liputan hutan dan kawasan lindungan, menambah baik pengurusan hutan pengeluaran untuk bekalan kayu lestari, dan memulihkan kawasan terdegradasi, terutamanya di tempat yang memerlukan pengekalan hubungan hutan yang kritikal.

© WWF-Malaysia