Apa yang anda ingin cari?

© Eric Madeja / WWF-Malaysia

MAKANAN

Permintaan makanan laut tanpa henti telah menyebabkan stok perikanan Malaysia merosot hampir 90% oleh kerana amalan penangkapan ikan yang tidak mampan untuk memenuhi permintaan ini. Pada masa yang sama, lautan kita turut mengalami impak besar akibat peningkatan pelepasan gas rumah hijau (GHG) dari aktiviti manusia seperti pengeluaran dan pembaziran makanan. Di Malaysia, tapak pelupusan sampah adalah pengeluar GHG ketiga terbesar dan kebanyakannya dihasilkan oleh sisa makanan.

KEBIMBANGAN UTAMA

Masa depan persekitaran marin global boleh dibentuk oleh pilihan yang kita buat semasa memesan makanan laut di restoran dan membeli di pasar raya. Disebabkan oleh permintaan terhadap makanan laut yang tidak pernah putus, sumber perikanan Malaysia telah dieksploitasi secara berlebihan dan hampir 90% daripada stok ikan demersal (dasar laut) Malaysia telah berkurangan di beberapa kawasan perikanan. Ini dicetuskan oleh amalan penangkapan ikan yang tidak mampan dan ia menyebabkan sumber perikanan hampir terhapus, dan pada masa yang sama, turut merosakkan alam sekitar.



APA YANG PERLU KITA LAKUKAN

Adalah penting bagi rakyat Malaysia untuk mula memikirkan corak penggunaan makanan laut kita dan cara kita boleh memainkan peranan dalam memulihara sumber marin untuk generasi akan datang. Sebuah tinjauan yang dikomisenkan oleh WWF-Malaysia menunjukkan bahawa lebih daripada 70% rakyat Malaysia akan menghentikan atau mengurangkan penggunaan makanan laut jika stok ikan semakin berkurangan.

Bersama-sama, kita boleh membuat perubahan.

DERMA SEKARANG

PERANAN WWF-MALAYSIA

Didorong oleh fakta itu, WWF-Malaysia dan Persatuan Pencinta Alam Malaysia telah bekerjasama dan melancarkan kempen Selamatkan Makanan Laut Kita dengan objektif berikut:
• Untuk meningkatkan kesedaran tentang status semasa bekalan ikan kita.
• Untuk menggalakkan pilihan makanan laut yang mampan.
• Untuk mempengaruhi transformasi pasaran ke arah sumber makanan laut yang mampan.





Untuk mencapai objektif tersebut, kami telah menghasilkan panduan makanan laut yang menyediakan maklumat kepada pengguna dan perniagaan individu untuk membantu mereka membuat pilihan makanan laut yang mampan.

Save Our Seafood

© Jürgen Freund / WWF