Apa yang anda ingin cari?

© WWF-Malaysia/Eric Madeja

MANUSIA

Kebanyakan ekosistem dan kawasan biodiversiti tinggi di dunia yang terancam juga menjadi rumah Orang Asli dan komuniti tempatan. Mata pencarian dan budaya mereka amat bergantung pada alam semula jadi. Mereka mempunyai pengetahuan dan pengalaman tradisional dalam menguruskan sumber asli secara mampan, dan merupakan pelindung alam sekitar. Adalah penting untuk kita menjamin hak dan kesejahteraan mereka dalam memulihara biodiversiti dan menggalakkan pembangunan secara mampan.

Penyataan Prinsip dan Perlindungan WWF

WWF mengiktiraf bahawa penghormatan terhadap hak adalah teras pembangunan mampan. Berpandukan nilai organisasi kami iaitu keberanian, integriti, penghormatan dan kerjasama, Pernyataan Prinsip merangkumi komitmen kami untuk menghormati dan mempromosikan hak asasi manusia, memupuk kesaksamaan jantina dan menegakkan hak Orang Asli. Rangka Kerja Perlindungan Alam Sekitar dan Sosial (ESSF), yang merangkumi sembilan Perlindungan, menyokong Prinsip kami dengan membantu kami memenuhi komitmen sosial dan hak asasi manusia kami berkaitan dengan kerja berasaskan tempat kami.

- Perlindungan Alam Sekitar & Sosial dan Kenyataan Prinsip-Prinsip

KETAHUI LEBIH LANJUT



PERNYATAAN PRINSIP: ORANG ASLI

Orang Asli adalah pelindung biodiversiti yang masih ada di planet ini. Menghormati dan mempromosikan hak Orang Asli dan mengiktiraf pengetahuan serta kepimpinan mereka adalah asas kepada usaha pemuliharaan. 10 prinsip ini adalah teras kepada pendekatan ini dan menjadi tema dalam semua kerja kami.

- Kenyataan Prinsip-Prinsip: Orang Asal

KETAHUI LEBIH LANJUT


PERNYATAAN PRINSIP: HAK ASASI MANUSIA

Walaupun perlindungan hak asasi manusia terletak pada kerajaan negara sebagai 'pemikul tugas', WWF mengiktiraf bahawa perniagaan dan organisasi, termasuklah kami juga, boleh memainkan peranan penting dalam menghormati dan mempromosikan hak asasi manusia dalam konteks kerja kami. 10 prinsip ini membimbing kami dalam setiap tugas yang dijalankan.

- Kenyataan Prinsip-Prinsip: Hak Asasi Manusia

KETAHUI LEBIH LANJUT

Bersama-sama, kita boleh membuat perubahan.

DERMA SEKARANG

PERNYATAAN PRINSIP: KESAMAAN JANTINA

Kesaksamaan jantina ialah sebuah hak asasi manusia, dan asas yang diperlukan untuk sebuah dunia yang mampan, berdaya tahan dan aman yang membolehkan manusia hidup dalam harmoni dengan alam semula jadi. Tujuh prinsip ini membimbing kami dalam memajukan dan menerapkan kesaksamaan jantina sebagai hak dalam semua kerja kami.

- Kenyataan Prinsip-Prinsip: Kesaksamaan Jantina

KETAHUI LEBIH LANJUT



RANGKA KERJA PERLINDUNGAN ALAM SEKITAR DAN SOSIAL (ESSF)

Rangka Kerja Perlindungan Alam Sekitar dan Sosial (ESSF) menyediakan mekanisme institusi untuk mengurus risiko alam sekitar dan sosial, dengan gabungan impak kerja WWF untuk membantu mencapai hasil pemuliharaan yang lebih baik, dan menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat tempatan di tempat WWF beroperasi. ESSF direka bentuk untuk menangani pelbagai risiko alam sekitar dan sosial. Ia mengambil kira cabaran dan keperluan yang berbeza di tempat yang berbeza di dunia. ESSF juga menyokong akauntabiliti dan ketelusan WWF terhadap mereka yang mungkin terjejas akibat kerja yang kami jalankan.

- Kenyataan Prinsip Dan Perlindungan Alam Sekitar Dan Sosial

KETAHUI LEBIH LANJUT
PROSES PENYELESAIAN ADUAN PROJEK WWF-MALAYSIA

Pada tahun 2018, WWF-Malaysia mewujudkan mekanisme untuk menerima dan menjawab kebimbangan yang dibangkitkan oleh pihak berkepentingan yang mungkin terjejas akibat aktiviti pemuliharaan yang disokong WWF sebagai cara utama untuk mengukuhkan pelaksanaan Dasar Sosial dan Perlindungan WWF.

- Mekanisme Penyelesaian Aduan WWF-Malaysia

KETAHUI LEBIH LANJUT



PENGLIBATAN MASYARAKAT DAN PERSETUJUAN BEBAS, TERDAHULU DAN TERMAKLUM

WWF-Malaysia bekerjasama dengan masyarakat asli dan tempatan sebagai rakan kongsi utama yang memainkan peranan penting dalam perlindungan alam sekitar. Matlamat kami adalah untuk mencapai hasil pemuliharaan yang lebih inklusif, saksama dan mampan.

- Community Engagement and Education Brochure

KETAHUI LEBIH LANJUT

Bersama-sama, kita boleh membuat perubahan.

DERMA SEKARANG