The WWF is run at a local level by the following offices...
- WWF Global
- Adria
- Argentina
- Armenia
- AsiaPacific
- Australia
- Austria
- Azerbaijan
- Belgium
- Bhutan
- Bolivia
- Borneo
- Brazil
- Bulgaria
- Cambodia
- Cameroon
- Canada
- Caucasus
- Central African Republic
- Central America
- Chile
- China
- Colombia
- Croatia
- Democratic Republic of the Congo
- Denmark
- Ecuador
- European Policy Office
- Finland
PROGRAM MARIN
30% Kawasan Laut dan Pantai Malaysia Dipelihara
Kami menyokong komitmen Malaysia untuk memulihara 30% daripada kawasan laut dan pantai Malaysia, untuk manfaat alam semula jadi, mata pencarian, perniagaan dan generasi akan datang.
Semua Aktiviti Perikanan Pantai dan Akuakultur Diurus Secara Mampan
Kami membantu usaha untuk menambah baik perikanan, akuakultur dan penggunaan makanan Malaysia untuk keselamatan makanan jangka panjang.
Spesies Keutamaan Dilindungi dan Eksploitasi Secara Berlebihan Dikurangkan
Kami mempengaruhi dasar untuk mengukuhkan perundangan dan kapasiti penguatkuasaan, dan membantu usaha rondaan darat bersama komuniti tempatan, NGO, sektor swasta dan agensi penguatkuasaan.
Pewartaan TMP pada 19 Mei 2016 merupakan peristiwa penting bagi usaha perlindungan marin di Malaysia - sebagai taman pelbagai guna terbesar di negara ini, pelbagai kumpulan berkepentingan terlibat dalam melindungi ekosistem marin dan pantainya, dan mengurus kekayaan sumber yang terkandung di dalamnya.
SELAM LEBIH DALAMEmpat daripada tujuh spesies penyu marin di dunia boleh ditemui di perairan Malaysia. Malangnya, semua spesies ini iaitu karah, hijau, belimbing, dan penyu lipas disenaraikan dalam Senarai Merah Spesies Terancam IUCN, dari peringkat terdedah hinggalah terancam secara kritikal.
SELAM LEBIH DALAM
Projek Penambahbaikan Perikanan (FIP) merupakan sebuah penyelesaian yang unik kerana ia melibatkan pelbagai pihak berkepentingan iaitu nelayan, komuniti pantai, nelayan industri, sektor swasta, penyelidik, badan kerajaan dan bukan kerajaan untuk bekerjasama dalam menambah baik aktiviti perikanan, mengurus sumber marin dengan lebih baik, meningkatkan perlindungan alam sekitar, memastikan daya maju kewangan, dan menggalakkan usaha di peringkat tempatan dan antarabangsa.
SELAM LEBIH DALAMKlik butang di bawah untuk mempelajari lebih lanjut mengenai usaha kami.
KETAHUI LEBIH LANJUT
Kempen dalam talian #SederhanaJe telah dianjurkan selama sebulan dengan tujuan untuk menggalakkan pengambilan makanan secara sederhana dan mengelakkan pembaziran makanan semasa bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri.
SELAM LEBIH DALAMWWF-Malaysia bekerjasama dengan komuniti tempatan, agensi kerajaan tempatan dan negeri, serta sektor swasta di seluruh Malaysia untuk menambah baik pengurusan ekosistem dan spesies yang terancam dan penting.
BERHUBUNG DENGAN PASUKAN KAMI
my.marinecontact@wwf.org.my
WWF-Malaysia (HQ): 1, Jln PJS 5/28 A, Pusat Dagangan Petaling Jaya Selatan, 46150 Petaling Jaya, Selangor
Tel: 03-7450 3773
WWF-Malaysia (Pejabat Kota Kinabalu): Suite 1-6-W11 6th Floor, CPS Tower, Centre Point Complex No. 1, Lorong Centre Point, Pusat Bandar, 88000 Kota Kinabalu, Sabah
Tel: 088-262 420