Apa yang anda ingin cari?

© Adam Oswell / WWF

PERUBAHAN IKLIM

Perubahan iklim dianggap sebagai salah satu ancaman terbesar yang dihadapi oleh alam semula jadi dan manusia pada hari ini. Ia adalah krisis planet yang tidak dapat dinafikan, berleluasa dan berbahaya yang menjejaskan setiap aspek kehidupan dan masa depan kita.

KEBIMBANGAN UTAMA

Untuk mengelakkan kesan buruk perubahan iklim, menurut penemuan saintifik, peningkatan pemanasan global harus dihadkan kepada 1.5°Celsius berbanding suhu pra-industri. Untuk mencapai objektif ini, pelepasan gas rumah hijau global perlu dikurangkan sekurang-kurangnya 50 peratus dalam dekad yang akan datang. Perubahan perubahan iklim bermula dengan kita. Kita perlu membuat perubahan tingkah laku untuk mengurangkan aktiviti manusia yang menyebabkan berlakunya perubahan iklim.



PENEBANGAN HUTAN

Penebangan hutan menyumbang sebanyak 20% daripada jumlah pelepasan GHG global, dan sebahagian besar kehilangan ekosistem dan spesies kita. Jika pelepasan daripada penebangan hutan tidak dibendung, kemungkinan untuk mencapai kejayaan dalam mencegah kesan berbahaya perubahan iklim akan berkurangan secara drastik. Pihak kerajaan, sektor swasta dan pelbagai pihak berkepentingan mesti diyakinkan untuk membantu mengurangkan ancaman ini.

Bersama-sama, kita boleh membuat perubahan.

DERMA SEKARANG


EARTH HOUR

Pergerakan mercu tanda WWF, Earth Hour, menyatukan berjuta-juta orang di seluruh dunia untuk menunjukkan komitmen mereka terhadap alam semula jadi. Lindungi alam semula jadi, kerana ia adalah salah satu sekutu terbesar kita dalam menentang perubahan iklim dan penting untuk kelangsungan hidup dan kemakmuran kita.

KETAHUI LEBIH LANJUT





WWF-Malaysia sedang mengambil tindakan untuk meningkatkan kesediaan untuk menyesuaikan diri dan meningkatkan daya tahan terhadap perubahan iklim melalui advokasi dasar dan usaha pemuliharaan terhadap ekosistem semula jadi.

© Jürgen Freund / WWF