The WWF is run at a local level by the following offices...
- WWF Global
- Adria
- Argentina
- Armenia
- AsiaPacific
- Australia
- Austria
- Azerbaijan
- Belgium
- Bhutan
- Bolivia
- Borneo
- Brazil
- Bulgaria
- Cambodia
- Cameroon
- Canada
- Caucasus
- Central African Republic
- Central America
- Chile
- China
- Colombia
- Croatia
- Democratic Republic of the Congo
- Denmark
- Ecuador
- European Policy Office
- Finland
PROGRAM PASARAN LESTARI
SMP berfungsi untuk menggerakkan tindakan dan sokongan daripada pengeluar komoditi utama, pembekal, pelabur dan pengawal selia dalam peralihan ke arah masa depan yang mampan. Antara bidang yang kami usahakan ialah Minyak Sawit Lestari, Perhutanan Bertanggungjawab (kayu, pulpa dan kertas, dan getah), Tiada Plastik dalam Alam Menjelang 2030 dan Kewangan Mampan. Bidang-bidang tumpuan ini mempunyai kesan terbesar terhadap penebangan hutan, pelepasan gas rumah hijau, dan mempunyai kesan kritikal terhadap mata pencarian berjuta-juta orang.
Pasukan SMP bekerjasama dengan pengeluar komoditi utama, agensi kerajaan, institusi kewangan dan pelaburan, pekebun kecil, agensi pensijilan dan pengguna untuk menambah baik pengeluaran komoditi ini.
Bersama-sama, kita boleh membuat perubahan.
Minyak sawit yang bertanggungjawab atau mampan harus dihasilkan tanpa menyebabkan penebangan hutan, degradasi alam sekitar, atau memudaratkan hidupan liar. Ia juga mestilah dihasilkan dengan layanan pekerja secara adil, menghormati hak masyarakat tempatan dan orang asli, dan memberi insentif serta memperkasakan pengeluar, termasuklah golongan petani kecil, dengan kaedah untuk menggunakan amalan pengeluaran yang lebih bertanggungjawab sebagai sebahagian daripada mata pencarian yang mampan.
KETAHUI LEBIH LANJUTPerhutanan yang bertanggungjawab melindungi hutan yang terdedah daripada pembalakan haram dan amalan pembalakan yang memusnahkan, seperti menebang habis, dengan menggunakan prinsip dan alatan yang mesra alam, adil secara sosial, dan berdaya maju dari segi ekonomi.
WWF bekerjasama dengan badan kerajaan, perniagaan dan pelbagai pihak berkepentingan untuk memajukan amalan perhutanan yang bertanggungjawab, termasuklah pengurusan hutan secara mampan, pembekalan produk perhutanan (kayu, pulpa dan kertas, dan getah) secara bertanggungjawab, dan penyelesaian inovatif lain terhadap ancaman yang dihadapi oleh hutan kita.
KETAHUI LEBIH LANJUT
Sisa plastik sedang memusnahkan planet kita dengan mencemarkan udara, air dan tanah. Memandangkan krisis ini merebak ke setiap sudut dunia, WWF mengetuai usaha untuk membentuk semula cara kita mendapatkan, mereka bentuk, melupuskan dan menggunakan semula bahan plastik yang amat banyak diperlukan oleh manusia. Walaupun plastik boleh membantu menjadikan hospital kita lebih selamat, makanan kita tahan lebih lama, dan menghantar pakej dengan lebih cekap, ia tidak sepatutnya berada di alam semula jadi.
Setiap hari, plastik mengalir ke persekitaran semula jadi kita pada kadar yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Sudah tiba masanya untuk kita bersama-sama menghentikannya. WWF sedang menyatukan rangkaian global kami yang terdiri daripada peneraju industri, pengguna dan penggubal dasar untuk mengubah sistem-sistem kita, agar plastik yang dibuang menjadi plastik yang diguna semula.
KETAHUI LEBIH LANJUTKewangan mampan ialah penghubung antara sistem kewangan dan ekosistem kerana sistem kewangan global memberi kuasa kepada aktiviti ekonomi yang mempengaruhi planet kita. WWF bekerjasama dengan pihak berkuasa kawal selia dan institusi kewangan untuk memudahkan penyepaduan dasar, amalan dan proses ESG dalam sektor kewangan.
Oleh kerana sektor kewangan memainkan peranan sebagai pengantara kredit dan pelaburan dalam ekonomi sebenar, institusi kewangan boleh membentuk pengamalan kelestarian oleh sektor korporat di semua peringkat. Ini akan membantu memacu pemain industri ke arah industri yang mampan.
KETAHUI LEBIH LANJUT
Kita tidak mewarisi Bumi ini, tetapi meminjamnya daripada anak-anak kita. Justeru, apa yang kita lakukan sekarang memberi kesan yang mendalam kepada generasi akan datang. Walaupun syarikat-syarikat komersial adalah pengguna utama sumber asli, para golongan pengguna juga masih mempunyai tanggungjawab dan akauntabiliti untuk menggunakan sumber secara mampan.
Kami, sebagai pengguna, mempunyai suara untuk mengubah cara syarikat perniagaan menjalankan amalan perniagaan mereka dengan menuntut mereka agar lebih bertanggungjawab dan bersifat mesra alam.
KETAHUI LEBIH LANJUT