The WWF is run at a local level by the following offices...
- WWF Global
- Adria
- Argentina
- Armenia
- AsiaPacific
- Australia
- Austria
- Azerbaijan
- Belgium
- Bhutan
- Bolivia
- Borneo
- Brazil
- Bulgaria
- Cambodia
- Cameroon
- Canada
- Caucasus
- Central African Republic
- Central America
- Chile
- China
- Colombia
- Croatia
- Democratic Republic of the Congo
- Denmark
- Ecuador
- European Policy Office
- Finland
Secara realistiknya, senario global tanpa minyak sawit adalah tidak logik dan merugikan. Penyingkiran minyak sawit dari rantaian nilai tidak akan melindungi atau memulihkan hutan hujan. Tetapi, tindakan bersepadu ke arah industri minyak sawit yang mampan boleh membuat perubahan. Apabila ditanam secara bertanggungjawab dan mengikut piawaian terbaik, minyak sawit merupakan minyak sayuran yang mempunyai hasil tertinggi. Jadi, penggantian minyak sawit dengan minyak lain seperti kacang soya, biji sesawi dan bunga matahari mungkin akan memerlukan kawasan tanah yang lebih besar untuk menghasilkan jumlah yang sama.
Pensijilan yang disokong oleh tadbir urus yang kukuh memainkan peranan penting dalam memastikan pengeluaran minyak sawit yang mampan. Bagi WWF, piawaian yang boleh diterima untuk SPO yang diperakui ialah minyak sawit yang diperakui oleh Meja Bulat Minyak Sawit Lestari (RSPO). Selaras dengan WWF-International Global Network, WWF-Malaysia mengiktiraf bahawa pada masa ini, RSPO merupakan satu-satunya skim standard dan pensijilan yang boleh dipercayai, bebas, bertahap antarabangsa dan melibatkan pelbagai pihak berkepentingan dengan kapasiti untuk meneruskan pembekalan CSPO ke pasaran global.
Walaubagaimanapun, komitmen Malaysia terhadap minyak sawit yang dihasilkan secara mampan juga jelas dilihat melalui pensijilan Minyak Sawit Lestari Malaysia (MSPO). WWF-Malaysia melihat skim pensijilan MSPO sebagai satu langkah ke arah yang betul dalam perjalanan untuk mencapai standard kemampanan menyeluruh yang akhirnya akan menjadikan minyak sawit lestari sebagai satu norma di Malaysia.
*Nota: Kami akan mengemas kini halaman ini semasa kami membangunkan dan/atau mengemas kini kedudukan kami mengenai isu berkaitan minyak sawit. Nantikan!