Apa yang anda ingin cari?

APA ITU MINYAK KELAPA SAWIT LESTARI?
© Matthew Paley

Setiap bahagian dari pokok kelapa sawit seperti buah, batang dan daunnya boleh digunakan. Minyak sawit juga merangkumi hampir 40% daripada keseluruhan jumlah minyak sayuran yang digunakan di seluruh dunia dan hampir 70% daripada minyak yang didagangkan setiap tahun. Ia menghasilkan lebih banyak minyak dalam sehektar kawasan berbanding mana-mana tanaman lain.

Walau bagaimanapun, penanaman kelapa sawit secara tidak mampan boleh menyebabkan penebangan hutan yang teruk dan kemudaratan kepada hidupan liar, manusia dan iklim. Minyak sawit yang mampan adalah penting kerana ia memenuhi permintaan makanan global yang semakin meningkat, menyokong harga makanan yang berpatutan dan pengurangan kemiskinan. Ia juga melindungi kepentingan sosial masyarakat dan pekerja, dan melindungi alam sekitar serta hidupan liar.

USAHA KAMI MENGENAI MINYAK KELAPA SAWIT LESTARI

Memandangkan Malaysia merupakan pengeluar minyak sawit kedua terbesar di dunia, WWF-Malaysia mempunyai tanggungjawab untuk memastikan minyak sawit dihasilkan secara mampan dan bertanggungjawab aar ia tidak membahayakan atau menjejaskan alam sekitar, dan memastikan ekosistem dan hidupan liar kita dilindungi.

WWF berpegang pada kedudukan bahawa kita harus bekerjasama dengan industri minyak sawit untuk menyokong pemuliharaan alam sekitar. Kami sedang bekerjasama dengan pelbagai pihak berkepentingan dan agensi kerajaan untuk membangunkan standard dan prosedur penanaman yang memastikan kemampanan pengeluaran minyak sawit. Kami menyeru para pengeluar di kawasan-kawasan yang dikhaskan untuk ladang kelapa sawit di Malaysia untuk berusaha meningkatkan kemampanan dalam pengeluaran minyak sawit.


KEDUDUKAN KAMI MENGENAI MINYAK KELAPA SAWIT LESTARI

Selaras dengan rangkaian WWF, WWF-Malaysia percaya bahawa pengeluaran minyak sawit tidak semestinya merosakkan, dan boleh dihasilkan secara bertanggungjawab sebagai sebahagian daripada usaha pembangunan mampan. Minyak sawit yang bertanggungjawab harus dihasilkan tanpa menyebabkan penebangan hutan, penukaran ekosistem semula jadi, degradasi alam sekitar, atau kemudaratan terhadap hidupan liar.

Untuk menjadikan minyak sawit yang lestari dan bertanggungjawab satu realiti, WWF mempunyai pendirian mengenai seruan untuk memboikot minyak sawit, pensijilan dan penglibatan pihak berkepentingan, dan lain-lain lagi. Pendirian ini dikemas kini setiap 2 tahun.

KETAHUI LEBIH LANJUT
SUMBER

  1. What’s The Fuss About Sustainable Palm Oil” FB Live session - Learn More 
  2. Palm Oil Buyers Scorecard Malaysia and Singapore 2017 Report - View Scorecard  
  3. Towards RSPO Certification: Handbook for Medium-sized Growers - Learn More  
  4. WWF Principals to actively endorse and recognise effective and credible standards and certification schemed - Learn More