Apa yang anda ingin cari?

HUTAN HUJAN MALAYSIA YANG MENAKJUBKAN
© Raymond Alfred / WWF-Malaysia

Malaysia dianggap sebagai salah satu daripada 12 negara ‘megadiverse’ terbaik di dunia. Menurut Konvensyen Kepelbagaian Biologi, Malaysia mempunyai anggaran 15,000 spesies tumbuhan vaskular, 306 spesies mamalia, 742 spesies burung, 242 spesies amfibia, 567 spesies reptilia, lebih 449 spesies ikan air tawar, lebih 500 spesies ikan marin dan lebih daripada 150,000 spesies invertebrata, dan kebanyakannya ditemui di hutan kita yang merimbun. Kawasan hutan hujan asli sebesar Manhattan, New York mengandungi lebih banyak spesies berbanding semua spesies di Eropah. Hutan ini berfungsi sebagai Paru-paru Hijau dan setiap inci kawasannya adalah penting untuk kesejahteraan kita dan harus dikekalkan.

Pensijilan hutan dikenali di peringkat global sebagai alat Perhutanan Bertanggungjawab untuk memastikan pengurusan hutan yang mampan yang membolehkan keuntungan, manusia dan planet berkembang maju. Dua skim pensijilan hutan utama yang digunakan di Malaysia ialah Skim Pensijilan Kayu Malaysia (MTCS) dan Forest Stewardship Council (FSC). WWF menganggap pensijilan FSC sebagai sistem pensijilan yang lebih baik untuk menjamin pengurusan hutan yang bertanggungjawab terhadap alam sekitar, berfaedah dari segi sosial dan berdaya maju dari segi ekonomi. WWF melihat MTCS sebagai langkah pertama yang tepat ke arah pengurusan hutan yang mampan. Kami berharap skim ini akan terus ditambah baik agar ia diiktiraf setanding dengan pensijilan FSC.

Peranan WWF-Malaysia adalah untuk mempromosikan amalan perhutanan yang bertanggungjawab kepada pengurus hutan, pengeluar produk kayu dan peniaga di Malaysia. Ini termasuklah penggalakan pembelian kayu dan produk kayu yang dikeluarkan secara bertanggungjawab, dan menyokong perubahan dalam trend pembelian dan penggunaan kayu & produk kayu yang diiktiraf FSC di peringkat tempatan. Kami juga memantau perkembangan dan trend terkini perhutanan di Malaysia dan serata dunia untuk memberi maklum balas yang relevan kepada kerajaan dan institusi kewangan apabila diperlukan.


CARA KAMI BEKERJASAMA DENGAN PERNIAGAAN

Sumber dan perkhidmatan yang disediakan oleh hutan adalah amat bernilai. Akan tetapi, ia masih dianggap bernilai rendah dalam sektor perniagaan dan pelaburan.

Penebangan hutan dan degradasi hutan terus berlaku dengan kadar yang membimbangkan tatkala permintaan terhadap tanah, tenaga dan produk kayu meningkat. Walaupun perniagaan dan pelabur di seluruh dunia telah menetapkan sasaran sifar penebangan dan penukaran hutan yang tinggi, tindakan yang diambil masih tidak mencukupi.

Platform Forests Forward baharu WWF melibatkan syarikat dan pelabur merentasi pelbagai sektor untuk mempercepatkan komitmen kemampanan, sifar penebangan dan penukaran hutan, serta mewujudkan impak dalam landskap hutan yang kritikal. Forests Forward menyasarkan untuk menyokong syarikat-syarikat tersebut dalam menambah baik pengurusan sebanyak 150 juta hektar hutan di seluruh dunia menjelang tahun 2030.

SERTAI GERAKAN FORESTS FORWARD
BULETIN "MY RESPONSIBLE FORESTRY"

Untuk menyediakan berita dan maklumat yang lebih berharga mengenai perhutanan yang bertanggungjawab kepada pemain industri dan pihak yang berminat, kami telah membangunkan Buletin MY Responsible Forestry yang dikeluarkan pada setiap suku tahun. Kami berharap agar buletin ini akan mencetuskan lebih banyak idea kerjasama supaya kami dapat membantu mengubah industri kayu, kertas dan getah asli, dan mengembangkan pasaran mampan dalam komoditi-komoditi ini.

Melalui buletin ini, kami akan menerbitkan artikel mengenai kisah kejayaan perhutanan yang bertanggungjawab, penyelesaian teknologi, data penting dan alat untuk menambah baik kemampanan dalam rantaian bekalan perhutanan, dan lain-lain lagi.

AKSES BULETIN
PETA PANDUAN SUMBER KAYU MALAYSIA

Untuk melindungi hutan kita, pengeluaran hasil kayu secara mampan adalah penting. Selaras dengan ini, WWF-Malaysia telah membangunkan Peta Panduan Sumber Kayu Malaysia untuk menyokong syarikat dan individu dalam usaha wajar mereka semasa mendapatkan sumber kayu atau produk kayu Malaysia. Peta Panduan Sumber Kayu ini menyediakan maklumat tambahan untuk syarikat-syarikat bagi tujuan melengkapkan pengumpulan maklumat, penilaian risiko dan tindakan pengurangan risiko mereka.

Cara Menggunakan Peta Panduan Sumber Kayu Malaysia

WWF
How to use the Malaysian Timber Sourcing Guide Map, Part 1
WWF
How to use the Malaysian Timber Sourcing Guide Map, Part 2
SUMBER UNTUK MELENGKAPI PETA PANDUAN SUMBER KAYU MALAYSIA

  1. Resources for Peninsular Malaysia - Learn More
  2. Resources for Sabah - Learn More
  3. Resources for Sarawak - Learn More
  4. Sample Harvesting Licence and Removal Pass from Peninsular Malaysia - Learn More
  5. Sample Harvesting Licence and Removal Pass from Sabah - Learn More
  6. Sample Harvesting Licence and Removal Pass from Sarawak - Learn More

Sumber Lain

  1. Forest Stewardship Council Malaysia - Learn More 
  2. Malaysian Timber Certification Scheme - Learn More 
  3. High Conservation Values - Learn More 
  4. High Conservation Values (HCV) Toolkits for Malaysia - Learn More 
  5. WWF Forests Forward Programme - Learn More 
  6. Global Platform for Sustainable Natural Rubber - Learn More