Apa yang anda ingin cari?

SKIM TANGGUNGJAWAB PENGELUAR LANJUTAN (EPR)
© WWF-Malaysia

Selama beberapa dekad, pengurusan sisa telah menjadi tanggungjawab orang ramai dan kerajaan. Walaubagaimanapun, sistem ini memerlukan penglibatan dan sokongan lanjut untuk menjadikannya lebih cekap. WWF telah mengenal pasti skim Tanggungjawab Pengeluar Lanjutan (EPR) sebagai sebuah alat dasar kritikal yang mempunyai rekod baik dalam memastikan pengilang bertanggungjawab atas kesan akhir hayat produk dan pembungkusan plastik mereka, serta dalam menggalakkan reka bentuk eko yang holistik dalam sektor perniagaan.

Untuk menjalankan skim ini, kerajaan perlu menggubal garis panduan dan peraturan EPR yang memerlukan pengeluar memastikan persekitaran kekal bersih dan sihat. Ini bermula dari konsep dan reka bentuk produk, ke peringkat pengeluaran dan pengedaran utama, dan berakhir di fasa pengumpulan. Dalam skim EPR, tanggungjawab pengilang bukan hanya terhad kepada rawatan sisa dan pengitaran semula sahaja. Ia bermula dari peringkat terawal, iaitu dengan memikirkan dan mereka bentuk semula reka bentuk produk dan bungkusan untuk mengurangkan sisa.

Kerja kami dalam EPR melibatkan usaha mempromosi dan mempertingkatkan penggunaan skim EPR, mengurangkan kebocoran plastik ke alam semula jadi, dan membantu mewujudkan sebuah ekonomi sirkular.

TONTON VIDEO DI YOUTUBE


PERJANJIAN PLASTIK ANTARABANGSA

Langkah-langkah nasional dan serantau tidak memadai untuk menangani isu ini. Ini adalah kerana kesan pencemaran akibat kebocoran plastik ke alam semula jadi merupakan sebuah krisis yang merentas sempadan, dan ekonomi plastik juga berada di peringkat global. Kita perlu mengambil pelbagai langkah untuk mengatasinya sama ada secara sukarela atau melalui perundangan. Sebuah perjanjian global baharu yang mengikat secara sah akan membantu menyediakan pendekatan yang lebih holistik dalam peralihan ke arah kemampanan plastik.

Sebuah perjanjian global baharu boleh membantu menghentikan aliran plastik bermasalah atau tidak diperlukan, menutup kitaran dengan memudahkan peralihan ke arah ekonomi plastik sirkular, dan membantu menangani serta menghentikan kebocoran melalui langkah-langkah pemulihan downstream dan sisa.

  1. Menghentikan aliran - Larangan berperingkat global terhadap produk-produk bermasalah dan tidak diperlukan boleh membantu mengurangkan risiko produk ini memasuki banyak negara melalui perdagangan global
  2. Menutup kitaran - Piawaian dan definisi biasa boleh membantu peralihan ke arah ekonomi plastik sirkular
  3. Menghentikan dan menangani kebocoran - Pemindahan teknologi dalam pengendalian sisa atau teknologi kitar semula yang lebih baik boleh membantu mengurangkan kebocoran ke alam sekitar. Selain itu, memandangkan hampir 70% daripada lautan kita tidak termasuk dalam bidang kuasa mana-mana negara, tetapi masih menerima kesan akibat pencemaran plastik, usaha untuk menangani dan memantau perkara ini adalah amat penting

Pada Mac 2022, negara-negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sebulat suara menerima pakai sebuah resolusi yang menetapkan mandat untuk memulakan rundingan bagi sebuah perjanjian global baharu untuk tujuan menangani pencemaran plastik, dengan menggunakan pendekatan kitaran hayat.

Oleh kerana Malaysia bukan sahaja sebuah kawasan biodiversiti mega, tetapi juga merupakan sebuah pusat ekonomi plastik yang berkembang maju, kita akan menerima banyak manfaat dengan mengambil bahagian secara aktif dalam perbincangan dan rundingan global ke arah membentuk perjanjian global baharu untuk menamatkan pencemaran plastik. WWF-Malaysia berusaha untuk melibatkan diri secara aktif dengan pihak berkepentingan untuk meningkatkan kesedaran mengenai isu-isu global dan nasional.

Sumber

  1. EPR Position Paper - KETAHUI LEBIH LANJUT 
  2. EPR Factsheet - KETAHUI LEBIH LANJUT 
  3. 15 Basic Principles for EPR - KETAHUI LEBIH LANJUT 
  4. Study on EPR Scheme Assessment for Packaging Waste in Malaysia Report - KETAHUI LEBIH LANJUT 
  5. WWF-Malaysia EPR Policy Review Booklet - KETAHUI LEBIH LANJUT 
  6. Going Circular: EPR Guide (A self-paced EPR Mass Open Online Course) - KETAHUI LEBIH LANJUT