Apa yang anda ingin cari?

KRISIS PENCEMARAN PLASTIK
© Shutterstock_Mohamed Abdulraheew/WWF

60 tahun selepas penciptaan kepingan plastik pertama yang diperbuat daripada bahan api fosil, pencemaran plastik kini telah menjadi sebuah krisis global. Plastik boleh mengambil masa sehingga ratusan tahun untuk terurai, dan masa yang diperlukan untuk mengurai juga bergantung pada jenis produk. Sebagai contoh, 20 tahun untuk beg plastik, 200 tahun untuk straw plastik, 450 tahun untuk botol plastik dan 500 tahun untuk berus gigi plastik.

Malaysia menduduki tempat tertinggi dalam kalangan enam negara di Asia Tenggara dari segi penggunaan pembungkusan plastik per kapita tahunan. Anggaran jumlah pengeluaran sisa plastik pasca pengguna tahunan di Malaysia pada tahun 2016 adalah sebanyak 1,070,064 tan, iaitu bersamaan dengan berat hampir 10,000 ekor ikan paus biru, dan boleh mengisi kira-kira 76,500 buah lori sampah.

USAHA KAMI MENGENAI PLASTIK

WWF sedang berjuang untuk mencapai dunia tanpa plastik dalam alam semula jadi menjelang tahun 2030. Selain daripada usaha pembersihan, kami juga sedang menangani punca pencemaran plastik. Kami berhasrat untuk mempercepatkan peralihan kepada ekonomi plastik sirkular global, dengan tumpuan pada reka bentuk semula bahan dan produk, tingkah laku pengguna dan pengurusan sisa sirkular.

Strategi kami memberi tumpuan pada dua tahap pencemaran plastik: 1) Mengurangkan penggunaan plastik dengan mereka bentuk semula bahan dan produk; dan 2) Menghentikan kebocoran dengan mewujudkan sistem pengurusan sisa sirkular untuk plastik.

 

TONTON VIDEO
USAHA DASAR DAN ADVOKASI

Krisis pencemaran plastik tidak akan dapat diselesaikan dengan satu kaedah sahaja. Kita memerlukan gabungan strategi dan penglibatan semua pihak. WWF menyokong pendekatan holistik berasaskan sistem yang melibatkan semua pihak di sepanjang keseluruhan rantaian nilai. Ini bermula dengan sektor pembuatan dan seterusnya, sektor penggunaan, pelupusan dan pengurusan sisa. Kami juga melibatkan pihak kerajaan untuk memperkenalkan skim Tanggungjawab Pengeluar Lanjutan (EPR) dan menyokong perjanjian global untuk menamatkan pencemaran plastik marin.

KETAHUI LEBIH LANJUT
PENGLIBATAN PERNIAGAAN

Syarikat-syarikat perniagaan berada dalam kedudukan yang unik untuk membantu memacu perubahan transformatif berskala besar dengan mengurangkan jejak pencemaran plastik mereka sendiri serta mempengaruhi pihak berkepentingan utama lain seperti kerajaan dan pengguna untuk melakukan perkara yang sama.

KETAHUI LEBIH LANJUT
Sumber

  1. Sustainable Retailers Scorecard 2019 Report - Ketahui Lebih Lanjut  
  2. Plastic Packaging in Southeast Asia and China report - Lihat Laporan 
  3. Alternative Material Tool - Ketahui Lebih Lanjut