Apa yang anda ingin cari?


GARIS MASA PEMULIHARAAN
© Aaron Gekoski / WWF-US
1972
Putera Philip, Duke of Edinburgh, menyampaikan Piagam Rasmi WWF kepada Tan Sri Khir Johari, yang merupakan presiden pertama WWF-Malaysia. WWF-Malaysia bekerjasama dengan Taman-Taman Sabah dalam tinjauan Pulau Gaya, yang merupakan projek pemuliharaan pertama organisasi itu.

Muat Turun Laporan
Pulau Gaya 1973
Pulau Gaya 1974
1976

Danum Valley. © Mazidi Ghani / WWF-Malaysia

WWF-Malaysia menyokong Kerajaan Negeri Sabah dalam meninjau dan mengesyorkan perlindungan untuk Lembah Danum.
1977
Unit pendidikan bergerak WWF-Malaysia © WWF-Malaysia

Unit pendidikan bergerak WWF-Malaysia tajaan Bata mula melawat sekolah-sekolah untuk berkongsi mesej pemuliharaan. Menjelang tahun 2004, lebih daripada satu juta orang murid sekolah Malaysia telah mempelajari kepentingan perlindungan alam sekitar melalui unit tersebut.
1978
WWF-Malaysia membantu Kerajaan Negeri Terengganu dalam meninjau dan mengesyorkan perlindungan bagi Taman Laut Pulau Redang.
1981
Meninjau Cadangan Perlindungan Hidupan Liar Lanjak-Entimau. © WWF-Malaysia

WWF-Malaysia bergabung tenaga dengan Jabatan Hutan Sarawak untuk meninjau Kawasan Perlindungan Hidupan Liar Lanjak-Entimau, yang membawa kepada pewartaannya.
1982
Atas permintaan Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar, WWF-Malaysia mula merangka strategi pemuliharaan untuk membantu membimbing perancangan pembangunan di negeri-negeri di Malaysia.
1987
Hutan Royal Belum. © Lau Ching Fong / WWF-Malaysia

Nama global WWF telah ditukar menjadi World Wide Fund for Nature untuk menekankan kepentingan pengurusan mampan sumber semula jadi untuk memulihara spesies dan habitat.
1988
© WWF-Malaysia

WWF-Malaysia dan Yayasan Sabah menganjurkan sebuah ekspedisi saintifik untuk meninjau Lembangan Maliau di pertengahan Sabah yang belum pernah diterokai. Kawasan ini diiktiraf sebagai salah sebuah permata alam semula jadi pada hari ini.
1992
DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah menjadi Penaung Diraja WWF-Malaysia atas kapasiti peribadinya.

Muat Turun Semakan Tahunan 1992
Semakan Tahunan 1992 (1992 Annual Review)
1993
WWF-Malaysia melengkapkan Strategi Pemuliharaan Kebangsaan yang telah dikomisenkan oleh Jabatan Perdana Menteri.

Muat Turun Semakan Tahunan 1993
Semakan Tahunan 1993 (1993 Annual Review)
1995
WWF-Malaysia melengkapkan Rancangan Ekopelancongan Kebangsaan yang dikomisenkan oleh Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan.
1996
Pusat Pendidikan Alam Bukit Fraser (Fraser’s Hill Nature Education Centre) telah ditubuhkan oleh WWF-Malaysia untuk meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan melindungi tanah tinggi Malaysia.
1998
Sidang akhbar Taman Negeri Perlis, pada 17 November 1997 oleh Dato Seri Shahidan Kassim TH Teoh.​ © WWF-Malaysia

Menteri Besar Perlis, YAB Dato’ Seri Shahidan Kassim mengisytiharkan sebuah kawasan untuk taman negeri berdasarkan usaha yang dimulakan dan telah diterajui oleh WWF-Malaysia selama beberapa tahun.
1999
Program "Partners for Wetlands" telah dilancarkan di Lower Kinabatangan, Sabah.​ © WWF-Malaysia

Program Partners for Wetlands telah dilancarkan di Hilir Kinabatangan, Sabah. Sanktuari Hidupan Liar Kinabatangan telah diwartakan setelah WWF-Malaysia menjalankan usaha pemuliharaan selama bertahun-tahun.
2000
WWF menubuhkan Strategi Tindakan Badak dan Gajah ASIA untuk meningkatkan inisiatif untuk memulihara spesies unik. © Engelbert Dausip / WWF-Malaysia

WWF melancarkan Sulu Sulawesi Marine Ecoregion untuk memulihara kawasan laut Segitiga Karang antara Malaysia, Filipina dan Indonesia. WWF menubuhkan Strategi Tindakan Badak Sumbu dan Gajah (ASIAN) untuk meningkatkan inisiatif dalam usaha memulihara spesies unik.
2003
Sebuah pakatan pemuliharaan antara badan bukan kerajaan, termasuklah WWF-Malaysia, MYCAT dan agensi-agensi kerajaan lain telah ditubuhkan untuk tujuan pemuliharaan harimau.

Muat Turun Semakan Tahunan 2003
Semakan Tahunan 2003 (2003 Annual Review)
2004
Ma’Daerah telah diwartakan sebagai tempat perlindungan penyu oleh kerajaan negeri Terengganu setelah WWF-Malaysia menjalankan usaha pemuliharaan selama bertahun-tahun di kawasan tersebut. WWF-Malaysia mengetuai pembentukan kumpulan komuniti tempatan yang dinamakan Fraser’s Hill Environmentally Sustainable Heritage untuk memulihara alam semula jadi bukit tersebut.
2005
Sanktuari Hidupan Liar Hilir Kinabatangan dan Taman Laut Tun Sakaran telah diwartakan susulan usaha pemuliharaan yang dijalankan oleh WWF-Malaysia. Kakitangan WWF-Malaysia turut menemui spesies labah-labah tarantula baru di kawasan itu. WWF-Malaysia dan WWF-Indonesia melancarkan Inisiatif Heart of Borneo, iaitu sebuah program yang bertujuan untuk memulihara 240,000km kawasan hutan hujan Borneo.

Muat Turun Laporan Tahunan 2005
Laporan Tahunan 2005 (2005 Annual Report)
2006
Wetlands. © WWF-Malaysia

WWF-Malaysia memainkan peranan penting dalam penubuhan Santuari Burung Kota Kinabalu. Walaubagaimanapun, ia kini telah diambil alih oleh sebuah NGO bebas, iaitu Pertubuhan Pemuliharaan Tanah Lembap Sabah.

Muat Turun Semakan Tahunan 2006
Semakan Tahunan 2006 (2006 Annual Review)
2007
Tiga negara berganding bahu untuk melindungi Heart of Borneo. © WWF-Malaysia

The Heart of Borneo secara rasminya diisytiharkan sebagai program kerjasama antara tiga buah negara iaitu Malaysia, Brunei dan Indonesia. Ini merupakan sebuah langkah penting ke arah melindungi kekayaan ekologi dan budaya hutan hujan Borneo. Inisiatif ini mencipta sumber dan rangkaian yang memudahkan kemampanan, ketelusan dan pengurusan kawasan secara bertanggungjawab. WWF-Malaysia mula menggunakan perangkap kamera di kawasan Belum-Temengor untuk menentukan status pemuliharaan harimau dan mangsanya di tapak keutamaan ini. Sebelum ini, status harimau di kawasan ini tidak diketahui.

Muat Turun Laporan Tahunan 2007
Laporan Tahunan 2007 (2007 Annual Report)
2008
Menandatangani MoU dengan USM. © Mazidi Ghani / WWF-Malaysia

WWF-Malaysia dan Pusat Santuari Penyu Ma'Daerah mengadakan Bengkel Menyelamat Penyu yang pertama untuk mendidik nelayan tentang kaedah menghidupkan semula dan melepaskan penyu yang ditangkap dalam peralatan menangkap ikan secara tidak sengaja. WWF-Malaysia dan Kerajaan Negeri Sabah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) untuk usaha pemulihan kawasan hutan terdegradasi seluas 2,400 hektar di Ulu Segama Utara.

Muat Turun Laporan Tahunan 2008
Laporan Tahunan 2008 (2008 Annual Report)
2009
WWF-Malaysia dan rakan kongsi kami menubuhkan Unit Perlindungan Hidupan Liar untuk mengurangkan aktiviti pemburuan haram di dalam Kompleks Hutan Belum-Temengor. © WWF-Malaysia

Kawasan Ulu Segama Utara ialah tempat tinggal orang utan. Bilangan haiwan ini didapati semakin berkurangan akibat struktur hutan yang lemah dan pengasingan spesies. WWF-Malaysia memberikan input dalam penyediaan Pelan Pengurusan Hutan Lestari untuk membantu Jabatan Perhutanan Sabah dan Yayasan Sabah dalam usaha untuk menghentikan kemerosotan populasi orang utan.

WWF-Malaysia dan rakan kongsi kami menubuhkan Unit Perlindungan Hidupan Liar untuk mengurangkan aktiviti pemburuan haram di dalam Kompleks Hutan Belum-Temengor.

Muat Turun Semakan Tahunan 2009
Semakan Tahunan 2009 (2009 Annual Review)
2010
Kumpulan wanita tempatan di Kampung Mangkok, Setiu yang WWF-Malaysia bantu ditubuhkan pada 2007, telah didaftarkan dan dirasmikan sebagai sebuah pertubuhan yang dikenali sebagai PEWANIS. © WWF-Malaysia

WWF-Malaysia, dengan kerjasama WWF-Indonesia dan Perikatan Orang Asli Tanah Tinggi di Tengah Borneo (Alliance of the Indigenous People of the Highlands in the Heart of Borneo), telah menjalankan usaha untuk memulihara tanah tinggi dan ekosistem demi faedah masyarakat yang tinggal di sini melalui pertanian mampan, perdagangan secara adil dan ekopelancongan.

Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 telah diluluskan di Parlimen setelah WWF-Malaysia dan rakan-rakan kongsinya menjalankan aktiviti melobi dan advokasi secara aktif selama enam tahun.

Kumpulan wanita tempatan di Kampung Mangkok, Setiu yang ditubuhkan pada tahun 2007 dengan bantuan WWF-Malaysia, telah didaftarkan dan secara rasminya menjadi pertubuhan yang dikenali sebagai PEWANIS. Ini merupakan sebuah peristiwa penting dalam penglibatan WWF-Malaysia untuk memperkasakan wanita tempatan sebagai penjaga dan pelindung usaha pemuliharaan tanah lembap.

Muat Turun Semakan Tahunan 2010
Semakan Tahunan 2010 (2010 Annual Review)
2011
WWF memulakan inisiatif Rangkaian Hutan dan Perdagangan Global untuk menghapuskan pembalakan haram. © Simon Rawles / WWF-Malaysia

WWF memulakan inisiatif Rangkaian Hutan dan Perdagangan Global untuk menghapuskan pembalakan haram dan mengubah pasaran global menjadi usaha menyelamatkan hutan dunia yang bernilai dan kini sedang terancam.

Muat Turun Semakan Tahunan 2011
Semakan Tahunan 2011 (2011 Annual Review)
2012

WWF-Malaysia menjalankan aktiviti pemantauan rumput laut, air laut dan terumbu. © Mazidi Ghani / WWF-Malaysia

WWF-Malaysia menjalankan aktiviti pemantauan rumput laut, air laut dan terumbu bersama Jabatan Perikanan Sabah, Taman-Taman Sabah, pengusaha aktiviti selaman dan wakil masyarakat tempatan di Pulau Mabul, Semporna. Persatuan Komuniti Warisan Ma’Daerah, sebuah kumpulan berasaskan komuniti yang diasaskan oleh WWF-Malaysia, telah membangunkan Rancangan Pengajaran Harian untuk menyampaikan isu pemuliharaan penyu dalam Bahasa Malaysia.

Muat Turun Semakan Tahunan 2012
Semakan Tahunan 2012 (2012 Annual Review)
2013
Hari Penyu Laut Sedunia. © Eric Madeja / SPCA

Pada Hari Penyu Laut Sedunia, WWF-Malaysia bekerjasama dengan kerajaan Negeri Terengganu dan Sabah untuk mendidik orang ramai tentang penyu dan kepentingannya kepada ekosistem marin.

Kor Risik DiRaja, Markas 3 Divisyen Kem Terendak menjadi kumpulan tentera pertama yang menyokong usaha perlindungan penyu WWF-Malaysia di Kem Terendak, Melaka.

Kerajaan Negeri Terengganu mengumumkan komitmennya untuk mewartakan sebuah taman negeri di Setiu Wetlands berikutan advokasi dan lobi berterusan oleh WWF-Malaysia dan rakan-rakan kongsinya. Sebagai pemegang kepentingan yang diiktiraf, WWF-Malaysia kini terlibat dalam perundingan dan perancangan ke arah pewartaan melalui jawatankuasa yang dibentuk oleh Kerajaan Negeri.

Penyelidikan dan advokasi harimau dan mangsanya yang dijalankan oleh WWF-Malaysia telah menyumbang ke arah pewartaan Hutan Simpan Amanjaya, sebuah koridor ekologi kritikal di kompleks hutan Belum-Temengor yang merupakan tapak keutamaan untuk harimau.

Muat Turun Semakan Tahunan 2013
Semakan Tahunan 2013 (2013 Annual Review)
2014
Festival Makanan Laut Lestari pertama WWF-Malaysia yang diadakan pada Jun 2014 berjaya merekrut empat buah hotel untuk menawarkan menu makanan laut lestari yang terdiri daripada produk-produk yang diperakui oleh Majlis Pengawasan Marin dan Majlis Pengawasan Akuakultur.

Projek ‘Alam Sekitar dan Anda (Environment and You)’ WWF-Malaysia menekankan integrasi Pendidikan Alam Sekitar dalam sistem pendidikan. Pelbagai bahan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Alam Sekitar telah dibangunkan dan kini dikongsi dalam Persekitaran Pembelajaran Maya 1BestariNet yang boleh diakses oleh lebih 10,000 buah sekolah.

WWF-Malaysia berjaya menyokong pengkelasan semula kawasan bawah Hutan Simpan Sugut (8,680 hektar) dari kategori pengeluaran ke hutan simpan perlindungan. Walaupun ia bersaiz agak kecil, Hutan Simpan ini mengandungi jenis hutan yang jarang ditemui dan terancam serta populasi kecil orang utan yang telah bertahan selama 30 tahun, walaupun berlakunya kemusnahan hutan yang besar di sekeliling kawasan tersebut.

Muat Turun Semakan Tahunan 2014
Semakan Tahunan 2014 (2014 Annual Review)
2015
WWF menyampaikan Anugerah Leaders for a Living Planet yang berprestij kepada kerajaan negeri Sabah sebagai mengiktiraf usaha mereka dalam mewujudkan taman laut terbesar di Malaysia, Taman Tun Mustapha. © Mazidi Ghani / WWF-Malaysia

WWF menyampaikan Anugerah Leaders for a Living Planet yang berprestij kepada kerajaan negeri Sabah sebagai pengiktirafan usaha mereka dalam mewujudkan taman laut terbesar di Malaysia, iaitu Taman Tun Mustapha. WWF-Malaysia memainkan peranan penting dalam perjalanan selama sedekad menuju ke arah pewartaannya.

WWF-Malaysia melibatkan Majlis Bandaraya Petaling Jaya dan Majlis Bandaraya Shah Alam untuk mengambil langkah meminimumkan kesan buruk perubahan iklim.

Muat Turun Semakan Tahunan 2015
Semakan Tahunan 2015 (2015 Annual Review)
2016
Pewartaan Taman Tun Mustapha. © WWF-Malaysia

Usaha tinjauan WWF-Malaysia telah menyumbang kepada peningkatan status perlindungan kawasan seluas 30,989 hektar (sebahagian daripada Hutan Simpan Kuamut dan Gunung Rara) dari Kelas II ke Kelas I, setelah tinjauan Program Pemuliharaan Terestrial Sabah mendapati terdapat banyak orang utan tinggal di kawasan itu.

WWF menandatangani MoU dengan Jabatan Perhutanan Sabah untuk membina kapasiti pasukan anti-pemburuan haram mereka yang dinamakan PROTECT. Pasukan ini ditubuhkan sebagai tindak balas terhadap bukti aktiviti pemburuan haram yang dikumpul oleh aktiviti rondaan WWF dan diserahkan kepada Jabatan Perhutanan Sabah, untuk mengetengahkan ancaman pemburuan haram. PROTECT menjadi sebuah titik perubahan kerana secara tradisinya, penguatkuasaan terhadap pemburuan haram tidak diberi keutamaan tinggi oleh jabatan tersebut. Sebaliknya, ia diserahkan kepada Jabatan Hidupan Liar Sabah.

WWF-Malaysia menganjurkan ekspedisi saintifik Setiu Wetlands yang melibatkan 49 orang penyelidik dari tujuh organisasi yang mengkaji 16 buah topik penyelidikan. Ekspedisi itu memperoleh data yang berkaitan untuk mengukuhkan pengetahuan saintifik yang memudahkan justifikasi dan panduan lanjut ke arah pewartaan dan pengurusan Taman Negeri Setiu yang dicadangkan.

Kerajaan negeri Sabah secara rasminya menubuhkan taman laut terbesar di Malaysia, iaitu Taman Tun Mustapha pada 19 Mei 2016. WWF-Malaysia memainkan peranan penting dalam perjalanan lebih sedekad ke arah pewartaan.

Muat Turun Semakan Tahunan 2016
Semakan Tahunan 2016 (2016 Annual Review)
2017
Sambutan Earth Hour 2017 di Malaysia. © WWF-Malaysia

Pada 25 Mac 2017, WWF-Malaysia bekerjasama dengan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah, Majlis Bandaraya Petaling Jaya dan Majlis Bandaraya Pulau Pinang untuk menganjurkan Earth Hour Night Walk yang bertujuan untuk memberi motivasi tindakan awam agar hidup secara lebih mampan dan mengumpul dana untuk usaha pemuliharaan. Di samping itu, ketiga-tiga bandar ini merupakan Finalis Kebangsaan Earth Hour City Challenge 2016 WWF, sebuah acara yang meraikan bandar-bandar yang mengambil langkah terpuji ke hadapan dalam mewujudkan bandar yang lebih hijau, bersih dan lebih mampan untuk didiami, sambil memberi inspirasi kepada bandar-bandar lain untuk melakukan perkara yang sama.

Muat Turun Semakan Tahunan 2017
Semakan Tahunan 2017 (2017 Annual Review)
2018
© Shariff Mohamad / WWF-Malaysia

WWF-Malaysia menjadi tuan rumah sidang kemuncak pemuliharaan selama dua hari yang diadakan di Royal Belum Rainforest Resort, Perak. Matlamat sidang kemuncak ini adalah untuk menangani isu pemuliharaan yang berkisar di tiga buah landskap dan isu utama – Central Forest Spine/Harimau, Coral Triangle dan Heart of Borneo.

Pada hari kedua, semasa sesi meja bulat, bekas Menteri Besar Perak, YAB Dato' Seri Diraja Dr Zambry Abdul Kadir membacakan Deklarasi Royal Belum, sebuah resolusi pemuliharaan yang mengesahkan komitmen negeri terhadap usaha pemuliharaan harimau di hadapan tetamu kehormat, DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, Penaung Diraja WWF-Malaysia, dan Putera Charles, Putera Wales dan Presiden WWF-UK.

Muat Turun Semakan Tahunan 2018
Semakan Tahunan 2018 (2018 Annual Review)
2019
Hadirin bersama KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong selepas Pra-Persidangan Raja-raja di Istana Negara, Kuala Lumpur. © PMTC / WWF-Malaysia

Pada 26 Februari 2019, WWF-Malaysia menerima penghormatan untuk membincangkan isu kritikal harimau Malaya dengan Majlis Raja-Raja yang terdiri daripada sembilan raja negeri-negeri Melayu, para gabenor atau Yang di-Pertua Negeri dari empat negeri lain semasa mesyuarat pra-Persidangan Raja-raja. WWF-Malaysia diwakili oleh Sophia Lim (Pengarah Eksekutif/CEO), Dr. Henry Chan (Pengarah Pemuliharaan), Dr. Mark Rayan (Tiger Lead) dan Brenndon Lee (pemegang amanah WWF-Malaysia). Kami amat berbesar hati kerana Penaung kami - DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah - turut hadir dan membantu kami dalam mengutarakan beberapa isu dengan lebih baik semasa sesi perbincangan tersebut.

Kami turut berbangga kerana dapat bertemu dengan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah selepas sesi tersebut. Walaupun perbualan itu bersifat santai, kami mengulangi keperluan untuk menyelamatkan harimau dan hidupan liar lain kepada Baginda. Beberapa buah pertanyaan berkaitan telah dibangkitkan, khususnya persoalan mengapa harimau tidak boleh dibiakkan dalam kurungan dan dilepaskan ke alam liar. Respon kami tertumpu kepada penjelasan tentang kerumitan mereplikasi keadaan semula jadi untuk harimau dalam kurungan. Di samping itu, usaha sedemikian juga berkos tinggi dan bukanlah cara terbaik untuk menggunakan dana yang terhad dalam usaha pemuliharaan ini. Secara keseluruhannya, kami dapat menyampaikan keperluan mendesak untuk melindungi harimau dari pemburu haram dan keperluan untuk menubuhkan Jawatankuasa Harimau Kebangsaan dengan tujuan mengutamakan usaha pemuliharaan harimau di negara ini.

Muat Turun Semakan Tahunan 2019
Semakan Tahunan 2019 (2019 Annual Review)

Bersama-sama, kita boleh membuat perubahan.

DERMA SEKARANG