Apa yang anda ingin cari?

POLISI WWF-MALAYSIA
© Mazidi Abd Ghani / WWF-Malaysia
POLISI PEMBERIAN MAKLUMAT (WHISTLEBLOWING) DAN ADUAN

Di WWF-Malaysia, manusia adalah teras dalam tugas yang kami lakukan. Organisasi kami menggunakan teras rasa hormat dan jaminan keselamatan serta hak pekerja, rakan kongsi, dan komuniti yang bekerjasama dengan kami.

WWF-Malaysia komited kepada budaya

KETAHUI LEBIH LANJUT
PERNYATAAN PRINSIP DAN PERLINDUNGAN AMANAH DAN SOSIAL

Penyata Prinsip WWF membimbing pengintegrasian dimensi sosial dalam kerja pemuliharaan kami serta dalam struktur institusi rangkaian global kami.

  • Pernyataan Prinsip: Hak Asasi Manusia (2023)

  • Pernyataan Prinsip: Kesaksamaan Jantina (2023)

  • Pernyataan Prinsip: Masyarakat Asli (2023)

Langkah-langkah perlindungan memainkan peranan penting dalam mencapai visi WWF. Ia membimbing cara kami berhubung dengan komuniti tempatan dalam merancang dan mengurus kerja kami untuk memperbaiki dan melindungi kehidupan, hak, dan mata pencarian mereka sambil memulihara alam dan hidupan liar.

  • Rangka Kerja Perlindungan Alam Sekitar dan Sosial (ESSF)

KETAHUI LEBIH LANJUT
POLISI LAIN

Kami menetapkan standard tingkah laku adil dan etika yang tinggi untuk kakitangan kami dalam melaksanakan kerja pemuliharaan. Kami dibimbing oleh Nilai-Nilai, Kod Etika dan Terma dan Syarat pekerjaan.

Dasar-dasar di bawah adalah sebahagian daripada Kod Etika, dan latihan berterusan serta pembaharuan tahunan turut dijalankan. Kami juga mengamalkan standard ini dengan kontraktor dan rakan kolaborasi kami untuk membantu memastikan tempat kerja kekal selamat dan inklusif.

POLISI SALURAN DIGITAL

Laman web ini dimiliki dan dioperasikan oleh WWF-Malaysia (“WWF”). Dengan mengakses, memuat turun, memasang atau menggunakan mana-mana bahagian daripada Laman kami:

dan perkhidmatan (bersama dengan Laman kami, yang dikenali secara kolektif sebagai “Perkhidmatan” yang ditawarkan oleh WWF), anda bersetuju dengan terma dan syarat yang disenaraikan dalam “Terma Penggunaan” kami, yang anda akui telah dibaca dan difahami. Anda juga bersetuju dengan Polisi Privasi Pengguna kami, Polisi Kuki dan Polisi Sukarelawan. Polisi-polisi yang dinyatakan di atas, termasuklah Terma Penggunaan ini, akan dirujuk secara kolektif sebagai “Polisi WWF”.

Terma Penggunaan

Polisi Privasi Pengguna

Polisi Sukarelawan

Polisi Kuki (Cookie)

POLISI KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN

WWF-Malaysia percaya bahawa keselamatan dan kesihatan orang di tempat kerja seperti pekerja, kontraktor, sukarelawan, pengunjung, dan pihak berkepentingan lain yang mungkin terkesan oleh aktiviti organisasi adalah sangat penting. Sebagai sebahagian daripada komitmen kami untuk terus menjadi organisasi yang bertanggungjawab, WWF-Malaysia mengambil langkah proaktif untuk menangani kebimbangan mengenai Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH), mengutamakan pencegahan untuk mengurangkan risiko di tempat kerja dan meminimumkan pendedahan kepada risiko OSH.


Bersama-sama, kita boleh membuat perubahan.

DERMA SEKARANG