The WWF is run at a local level by the following offices...
- WWF Global
- Adria
- Argentina
- Armenia
- AsiaPacific
- Australia
- Austria
- Azerbaijan
- Belgium
- Bhutan
- Bolivia
- Borneo
- Brazil
- Bulgaria
- Cambodia
- Cameroon
- Canada
- Caucasus
- Central African Republic
- Central America
- Chile
- China
- Colombia
- Croatia
- Democratic Republic of the Congo
- Denmark
- Ecuador
- European Policy Office
- Finland
MENGENAI WWF-MALAYSIA
WWF-Malaysia ditubuhkan pada tahun 1972 dan merupakan sebahagian daripada WWF, (World Wide Fund for Nature), sebuah organisasi pemuliharaan antarabangsa. Dengan sasaran untuk memelihara alam semula jadi demi manfaat manusia dan hidupan liar, usaha WWF-Malaysia dalam memulihara alam semula jadi tertumpu pada enam tema utama: hutan, lautan, hidupan liar, makanan, iklim dan tenaga, serta air tawar.
KENYATAAN MISI
Misi kami adalah untuk menghentikan kemerosotan alam sekitar dan membina masa depan yang membolehkan manusia hidup secara harmoni dengan alam semula jadi, dengan:
- Memulihara kepelbagaian biologi dunia.
- Memastikan penggunaan sumber asli yang boleh diperbaharui adalah mampan.
- Menggalakkan pengurangan pencemaran dan pembaziran dalam penggunaan.
NILAI DALAM TINDAKAN: STANDARD PRESTASI TERAS WWF
Kami menjadi saksi kepada kemerosotan alam semula jadi dan iklim yang semakin pantas, dengan akibat yang serius terhadap kehidupan di Bumi, termasuklah diri kita sendiri.
Oleh kerana manusia adalah sebahagian daripada alam semula jadi dan nasib kita saling berkait, misi WWF adalah untuk membina masa depan yang membolehkan manusia hidup secara harmoni dengan alam semula jadi. Sebagai sebuah organisasi masyarakat sivil berasaskan sains dan bukan partisan, kami berusaha untuk memulihara dan memulihkan biodiversiti, iaitu rangkaian yang menyokong semua kehidupan di Bumi; untuk mengurangkan kesan manusia terhadap alam sekitar; dan untuk memastikan penggunaan sumber asli secara mampan untuk menyokong generasi semasa dan akan datang.
Kami meraikan dan menghormati kepelbagaian dalam alam semula jadi dan dalam kalangan manusia, rakan kongsi dan komuniti yang bekerja dengan kami. Melalui pelbagai budaya dan individu yang mewakili WWF, kami disatukan oleh satu misi, satu jenama dan satu nilai yang sama:
- Keberanian: Kami menunjukkan keberanian melalui tindakan kami, kami berusaha untuk melakukan perubahan apabila ia diperlukan, dan kami memberi inspirasi kepada orang ramai dan institusi untuk menangani ancaman terbesar terhadap alam semula jadi dan masa depan planet tempat tinggal kita ini.
- Hormat: Kami menghormati suara dan hak alam semula jadi dan manusia, dan kami berusaha untuk menjamin masa depan yang mampan untuk kedua-duanya.
- Integriti: Kami menggalakkan semua orang bertindak menggunakan prinsip dan kami turut mempraktikkan prinsip ini dengan sepenuhnya. Kami bertindak dengan integriti, akauntabiliti dan ketelusan, dan kami bergantung pada pengetahuan tempatan serta sains untuk membimbing dan memastikan kami terus belajar dan berkembang.
- Kerjasama: Kami memberi impak pada skala cabaran yang kami hadapi melalui kuasa tindakan kolektif dan inovasi.