Apa yang anda ingin cari?

PROGRAM PEMULIHARAAN SARAWAK
© Mazidi Abd Ghani / WWF-Malaysia

Program Pemuliharaan Sarawak (SCP) memberi tumpuan kepada pemuliharaan hutan, hidupan liar dan ekosistem air tawar di tiga kawasan keutamaan.

Landskap Orangutan Ulu Ai-Sedilu

Usaha memulihara orangutan dan habitat semula jadinya, dengan sokongan daripada semua pemegang kepentingan. Ekosistem yang sihat bukan sahaja dapat memastikan kelangsungan hidup orangutan untuk jangka panjang, tetapi juga membawa manfaat kepada manusia yang bergantung pada perkhidmatan ekosistem. Ini akan meningkatkan ketahanan alam semula jadi dan manusia.

KETAHUI LEBIH LANJUT



Landskap Perlindungan Air Tawar Lembangan Rajang

Pengurusan lembangan sungai yang baik melalui pendekatan pengurusan sumber air terintegrasi untuk memelihara kawasan penting sebagai habitat hidupan liar darat dan akuatik, serta untuk penyediaan air. Kawasan ini disarankan untuk mengambil pendekatan ekonomi hijau yang mewujudkan sumber air pintar iklim.

KETAHUI LEBIH LANJUT
Landskap Ketersambungan Utara Sarawak

Kawasan ini menghubungkan kawasan perlindungan yang luas dan bergantung pada usaha pemuliharaan kolektif. Platform komuniti dan tadbir urus yang baik dibentuk dan diperkukuh untuk mengurus landskap pelbagai guna ini secara mampan, termasuklah kawasan yang dipelihara oleh komuniti. Ini adalah asas bagi manfaat untuk komuniti dan hidupan liar.

KETAHUI LEBIH LANJUT


Bersama-sama, kita boleh membuat perubahan.

DERMA SEKARANG


Pendekatan Kami

SCP mengamalkan pendekatan pelbagai perkongsian dan memperkasakan komuniti untuk mengurus serta menggunakan sumber semula jadi secara mampan. Melalui program ini, WWF-Malaysia menyokong dasar dan proses pembuatan keputusan yang baik yang menyokong usaha pemuliharaan dan pembangunan mampan melalui penyertaan aktif, perundingan dan input teknikal.

Matlamat Pemuliharaan

  • Meningkatkan jumlah kawasan terlindung.
  • Mengurangkan penukaran dan degradasi hutan.
  • Menambah baik pengurusan lembangan dan melindungi kehidupan di sungai.
  • Mengurangkan pemburuan dan pemburuan haram spesies terancam.



Tempat Kami Bekerja

WWF-Malaysia (Pejabat Kuching)

7th Floor, Bangunan Binamas,

Lot 138, Section 54, Jalan Padungan,

93100 Kuching, Sarawak, Malaysia.

 

Tel: +6082-247 420

Fax: +6082-241 531

Kerja yang Kami Lakukan

Sila rujuk peta untuk mengetahui lebih lanjut tentang apa yang kami lakukan dan lokasi kerja kami di Sarawak.

Hubungi kami untuk maklumat lanjut:

Zora Chan | Pengurus Komunikasi

schan@wwf.org.my

Ezen Chan | Pegawai Komunikasi

yzchan@wwf.org.my

Nur Akifah Jazman | Pegawai Komunikasi

nakifah@wwf.org.my


Matlamat SCP adalah selaras dengan aspirasi pemuliharaan kerajaan Sarawak untuk melindungi biodiversiti, ekosistem dan perkhidmatannya, serta meningkatkan ketahanan manusia dan alam semula jadi terhadap kesan perubahan iklim.