Apa yang anda ingin cari?

LANDSKAP PERLINDUNGAN AIR TAWAR LEMBANGAN RAJANG
© Mazidi Abd Ghani / WWF-Malaysia

Sistem Pertanian Intensifikasi Padi di Ba’ Kelalan

Ba’ Kelalan terletak kira-kira 900 meter di atas paras laut di utara Sarawak, dan kebanyakan daripada komunitinya adalah petani padi. Sejak tahun 2017, WWF-Malaysia telah membantu petani mengamalkan kaedah pertanian Sistem Intensifikasi Padi (SRI) yang bebas daripada bahan kimia dan menggunakan air secara optimum. Melalui SRI, petani telah mendapat hasil yang lebih tinggi berbanding sebelum ini. Oleh itu, projek ini secara tidak langsung telah mengurangkan tekanan untuk membuka lebih banyak tanah untuk pertanian, dan kawasan tadahan hutan yang membekalkan air dapat dikekalkan.



Pemulihan Tebing Sungai di Long Semadoh

Di Long Semadoh, WWF-Malaysia bekerjasama dengan komuniti untuk memulihkan tebing sungai yang terdegradasi di hulu Sungai Trusan. Bersama Universiti Nottingham Malaysia, penyelesaian berasaskan sains dan mampan yang menggunakan pendekatan kejuruteraan lembut telah diperkenalkan pada tahun 2019. Objektifnya adalah untuk memulihkan tebing sungai terdegradasi yang akhirnya akan menggalakkan pertumbuhan semula tumbuh-tumbuhan semula jadi. Ini akan membantu melindungi tanah pertanian komuniti.

Pengurusan Hutan Mampan di Koridor Kuba’an-Puak

Projek koridor ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan kami dalam pengurusan hutan mampan dan pemerkasaan komuniti. Sejak tahun 2015, kami telah bekerja rapat dengan komuniti yang tinggal di dalam dan bergantung pada hutan. Di sini, kerja kami melibatkan:

  • Pembangunan kapasiti dan pemerkasaan komuniti dalam proses membuat keputusan mengenai pengurusan hutan mampan.
  • Penambahbaikan kesejahteraan dan pengalakan keadaan hidup yang sihat seperti sanitasi asas, pembuangan sampah, dan kebersihan peribadi.
  • Pembangunan dan pemasaran produk komuniti seperti kraftangan untuk menjana pendapatan.
  • Pembangunan pertanian sara hidup dan penangkapan ikan secara mampan seperti sistem tagang.


Sumber

Bersama-sama, kita boleh membuat perubahan.

DERMA SEKARANG