Apa yang anda ingin cari?

LANDSKAP ORANGUTAN ULU AI-SEDILU
© Mazidi Abd Ghani / WWF-Malaysia
Koridor Orangutan Gunung Lesong-Ulu Sebuyau

Projek ini dimulakan pada tahun 2021. Objektifnya adalah untuk pemuliharaan orangutan dan mata pencarian komuniti, dengan:

  • Menubuhkan koridor hidupan liar seluas 389 hektar yang menghubungkan Taman Negara Gunung Lesong dan Ulu Sebuyau, untuk meningkatkan ketersambungan dan mengurangkan pemecahan habitat orangutan.
  • Menggalakkan perhutanan agro di 790 hektar tanah komuniti untuk mata pencarian yang mampan.
  • Mengadvokasi agar penggondolan atau penukaran habitat orangutan tidak lagi berlaku.



Pengurusan bersama Habitat Orangutan di Ulu Sungai Menyang, Batang Ai.

Kawasan Pemuliharaan Khas Ulu Sungai Menyang yang berkeluasan 14,000 hektar adalah tempat tinggal kira-kira 120 ekor orangutan. Dengan kerjasama Jabatan Hutan Sarawak, projek pertanian perhutanan agro untuk menanam spesies pokok tempatan telah diperkenalkan pada tahun 2017. Projek ini bertujuan untuk mewujudkan mata pencarian dan pada masa yang sama, memulihara habitat orangutan. Pokok-pokok ini ditanam hanya di tanah pertanian yang terdegradasi dan terbiar, dan membentuk jalur penampan antara penempatan komuniti dan habitat hutan utama untuk orangutan.

Pemulihan HCV di Lemanak, Lubok Antu

Kawasan Nilai Pemuliharaan Tinggi (HCV) yang terdegradasi dipulihkan untuk menyambungkannya kembali dengan tanah hutan yang berdekatan, yang seterusnya mencipta landskap pengeluaran yang lebih mampan. Dengan kerjasama Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Sarawak dan pemilik tanah komuniti, sebuah kawasan perintis di Lemanak telah menjalani projek pemulihan HCV di atas tapak seluas 20 hektar sejak tahun 2022.



Hutan Warisan Jagoi yang Dipulihara Komuniti

Hutan Warisan Jagoi di Bau adalah kawasan yang dipulihara oleh komuniti, diurus secara bersama oleh komuniti yang tinggal di sekitarnya. Ia merupakan salah satu daripada lokasi awal yang memohon untuk disenaraikan dalam Senarai Hijau Kawasan Dilindungi dan Dipulihara Kesatuan Pemuliharaan Alam Sekitar Antarabangsa. Sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk memulihkan kawasan tersebut, 1.8 hektar kawasan terdegradasi dan tanah runtuh telah dipulihkan dengan menanam spesies pokok tempatan. Perjalanannya untuk disenaraikan dalam Senarai Hijau tersebut masih diteruskan.

Sumber

Bersama-sama, kita boleh membuat perubahan.

DERMA SEKARANG