Apa yang anda ingin cari?

Landskap Perlindungan Air Tawar Lembangan Rajang
© Mazidi Abd Ghani / WWF-Malaysia
Pemuliharaan Bakau dan Mamalia Marin di Delta dan Pantai Rajang-Belawai-Paloh

Kompleks bakau di Rajang-Belawai-Paloh yang berkeluasan 93,852 hektar adalah yang terbesar di Sarawak dan merangkumi 58% daripada jumlah kawasan bakau. Delta dan pantai adalah habitat penting bagi dolfin Irrawaddy (Orcaella brevirostris) dan gondal tanpa sirip (Neophocaena phocaenoides). Sejak tahun 2017, seiring dengan Program Marin kami, projek ini bertujuan untuk: 

  • Memulihkan dan memelihara kawasan bakau terdegradasi yang merupakan habitat utama bagi dolfin Irrawaddy dan hidupan liar lain, serta sumber perikanan untuk mata pencarian komuniti.
  • Mengurangkan ancaman tangkapan mamalia marin secara tidak sengaja.



Projek Lada Mampan di Song-Katibas

Projek ini mempromosikan pengeluaran lada secara mampan di Ulu Katibas, Song, sebagai projek perintis yang dijalankan dengan kerjasama Lembaga Lada Malaysia dan komuniti rumah panjang Rumah Dagum dari Nanga Makut dan Rumah Peter dari Nanga Nging. Projek ini dimulakan pada tahun 2018 dengan tujuan untuk memperkasakan komuniti agar mengamalkan pendekatan pertanian mampan yang mempunyai impak minimum terhadap alam sekitar sambil mengeluarkan hasil yang lebih tinggi dan menambah baik mata pencarian komuniti. Ini akan membawa kepada pengurusan hutan yang lebih baik oleh komuniti, mencegah penukaran hutan daripada terus berlaku dan mengurangkan degradasi alam sekitar.

Koridor Hidupan Liar Baleh

Landskap hutan seluas kira-kira 239,233 hektar, antara Taman Negara Hose Laga yang dicadangkan dan Taman Negara Baleh di Sarawak, dan seterusnya ke Taman Negara Kayan Mentarang di Kalimantan, Indonesia, dianggap sebagai koridor penting bagi hidupan liar. Dengan kerjasama Jabatan Hutan Sarawak, Universiti Malaysia Sarawak, University of Montana, dan Sarawak Energy Berhad, tinjauan perangkap kamera telah dijalankan sejak tahun 2020 untuk mengumpul maklumat tentang kepelbagaian spesies, penyebaran dan saiz populasi untuk pemuliharaan habitat hidupan liar. Maklumat ini akan digunakan untuk cadangan pengurusan kawasan bagi usaha pemuliharaan hidupan liar.


Sumber

Bersama-sama, kita boleh membuat perubahan.

DERMA SEKARANG