Apa yang anda ingin cari?


MANUSIA
© WWF-Malaysia/Eric Madeja

Bekerjasama dengan Komuniti

Terdapat banyak ekosistem dunia dan kawasan dengan kepelbagaian biologi yang tinggi yang berada di bawah ancaman, dan kawasan-kawasan ini juga merupakan tempat tinggal Orang Asli dan komuniti tempatan. Kehidupan dan budaya mereka sangat bergantung pada alam semulajadi. Mereka mempunyai pengetahuan dan pengalaman tradisional dalam mengurus sumber semula jadi secara mampan, dan merupakan penjaga alam sekitar semula jadi. Perlindungan terhadap hak dan kesejahteraan mereka adalah penting dalam usaha memelihara kepelbagaian biologi dan menggalakkan pembangunan mampan.

PERNYATAAN PRINSIP DAN PERLINDUNGAN WWF


WWF mengakui bahawa penghormatan terhadap hak adalah teras kepada pembangunan mampan. Dipandu oleh nilai-nilai organisasi kami yang terdiri daripada keberanian, integriti, penghormatan dan kerjasama, Pernyataan Prinsip ini merangkumi komitmen kami untuk menghormati dan mempromosikan hak asasi manusia, menggalakkan kesaksamaan gender dan mempertahankan hak Orang Asli. Rangka Kerja Perlindungan Alam Sekitar dan Sosial (ESSF), yang merangkumi sembilan Perlindungan, menyokong Prinsip-prinsip ini dengan membantu kami memenuhi komitmen hak sosial dan manusia kami berkaitan dengan kerja berasaskan tempat kami.


KETAHUI LEBIH LANJUT



PERNYATAAN PRINSIP: ORANG ASLI


Orang Asli adalah penjaga sebahagian besar kepelbagaian biologi yang masih ada di planet ini. Penghormatan dan penggalakan hak Orang Asli, dan pengiktirafan pengetahuan serta kepimpinan mereka adalah asas kepada usaha pemuliharaan. Sepuluh buah prinsip ini adalah teras kepada pendekatan ini dan merupakan tema dalam semua kerja kami.



KETAHUI LEBIH LANJUT

Bersama-sama, kita boleh membuat perubahan.

DERMA SEKARANG


PERNYATAAN PRINSIP: HAK ASASI MANUSIA

Walaupun perlindungan hak asasi manusia menjadi tanggungjawab negara sebagai ‘pemegang tanggungjawab’, WWF mengakui bahawa perniagaan dan organisasi, termasuklah organisasi kami, boleh memainkan peranan penting dalam menghormati dan mempromosikan hak asasi manusia dalam konteks kerja kami. Sepuluh buah prinsip ini membimbing kami dalam segala yang kami lakukan.


- Kenyataan Prinsip-Prinsip: Hak Asasi Manusia

KETAHUI LEBIH LANJUT
PERNYATAAN PRINSIP: KESAKSAMAAN GENDER

Kesaksamaan gender adalah sebuah hak asasi manusia yang asas, dan merupakan asas yang diperlukan untuk melahirkan sebuah dunia yang mampan, berdaya tahan dan aman yang membolehkan manusia hidup harmoni dengan alam semula jadi. Tujuh buah prinsip ini membimbing kami dalam memajukan dan mengukuhkan kesaksamaan gender sebagai hak dalam semua kerja kami.


- Kenyataan Prinsip-Prinsip: Kesaksamaan Jantina

KETAHUI LEBIH LANJUT



RANGKA KERJA PERLINDUNGAN ALAM SEKITAR DAN SOSIAL (ESSF)

Rangka Kerja Perlindungan Alam Sekitar dan Sosial (ESSF) menyediakan mekanisme institusi untuk mengurus risiko alam sekitar dan sosial. Dengan gandingan impak kerja WWF, ia membantu menghasilkan hasil pemuliharaan yang lebih baik dan menyumbang kepada kesejahteraan komuniti tempatan di tempat WWF beroperasi. ESSF direka untuk menangani pelbagai risiko alam sekitar dan sosial dengan mengambil kira cabaran dan keperluan yang berbeza di pelbagai tempat di dunia. ESSF juga menyokong akauntabiliti dan ketelusan WWF terhadap mereka yang mungkin terjejas akibat kerja berasaskan tempat kami.


- Kenyataan Prinsip Dan Perlindungan Alam Sekitar Dan Sosial

KETAHUI LEBIH LANJUT
PROSES PENYELESAIAN ADUAN PROJEK WWF-MALAYSIA

Pada tahun 2018, WWF-Malaysia menubuhkan mekanisme untuk menerima dan memberi maklum balas kepada kebimbangan yang dibangkitkan oleh pemegang kepentingan yang mungkin terjejas akibat aktiviti pemuliharaan yang disokong oleh WWF sebagai langkah utama untuk mengukuhkan pelaksanaan Polisi dan Perlindungan Sosial WWF.


- Mekanisme Penyelesaian Aduan WWF-Malaysia

KETAHUI LEBIH LANJUT



PENGLIBATAN KOMUNITI DAN PERSETUJUAN BEBAS, TERDAHULU DAN TERMAKLUM

WWF-Malaysia bekerja dengan komuniti penduduk asli dan tempatan sebagai rakan kongsi utama yang memainkan peranan penting dalam perlindungan alam sekitar. Matlamat kami adalah untuk mencapai hasil pemuliharaan yang lebih inklusif, adil dan mampan.


- Community Engagement and Education Brochure

KETAHUI LEBIH LANJUT