The WWF is run at a local level by the following offices...
- WWF Global
- Adria
- Argentina
- Armenia
- AsiaPacific
- Australia
- Austria
- Azerbaijan
- Belgium
- Bhutan
- Bolivia
- Borneo
- Brazil
- Bulgaria
- Cambodia
- Cameroon
- Canada
- Caucasus
- Central African Republic
- Central America
- Chile
- China
- Colombia
- Croatia
- Democratic Republic of the Congo
- Denmark
- Ecuador
- European Policy Office
- Finland
TIGA TERAS
Berdasarkan komitmen Kerajaan Negeri Sabah untuk mencapai 30% Kawasan Dilindungi Sepenuhnya, perancangan spatial tempatan perlu dilakukan untuk mengurangkan risiko Hutan Rizab Kelas 1 (perlindungan) dan Taman Negeri terjejas atau diterokai. Perancangan di peringkat landskap ini boleh menangani kekurangan semasa dalam pensijilan tapak demi tapak dan membantu mengurangkan 'kebocoran' daripada pengeluar yang menerokai kawasan baru untuk mengelak daripada mematuhi prinsip pensijilan, seperti perlindungan Kawasan Nilai Pemuliharaan Tinggi dan Kawasan Stok Karbon Tinggi. Tambahan pula, pertanian kelapa sawit boleh memberi kesan buruk dan kumulatif terhadap ekosistem air tawar, dari sisa baja dan racun perosak, hinggalah ke efluen kilang minyak sawit.
Pengeluaran minyak sawit lestari yang diiktiraf diperlukan untuk menyokong mata pencarian, pekerjaan dan perniagaan dengan cara yang menjadikannya penyedia produk berkualiti tinggi dan mampan untuk pasaran global. WWF akan bekerjasama dengan industri minyak sawit untuk memudahkan perubahan ini melalui advokasi dan penyediaan sokongan teknikal. Semua pengeluar Sabah harus diiktiraf oleh MSPO sebelum tahun 2020, dan WWF menyokong langkah ini sebagai langkah pertama untuk mencapai standard RSPO antarabangsa. Dalam proses ini, WWF telah diminta untuk menyasarkan penanam kelapa sawit bersaiz sederhana (>50 hektar) yang tidak memiliki kilang mereka sendiri dan merangkumi 50% daripada kawasan kelapa sawit di Sabah. Beberapa pekebun kecil juga akan memerlukan bantuan. Peralihan pengeluar bebas ini kepada pengeluaran mampan bergantung pada dasar kerajaan dan permintaan pasaran. Usaha ini juga memerlukan model pensijilan kumpulan yang baharu yang membantu mengurangkan kos dan menyampaikan perubahan pada skala besar.
Koridor-koridor ekologi diperlukan untuk menghubungkan populasi hidupan liar yang terasing di kawasan hutan yang terpecah dan mengurangkan risiko kepupusan tempatan akibat pembiakan dalaman, pemburuan, dan kesan perubahan iklim. Terdapat peluang untuk menghubungkan blok-blok hutan di tanah negeri dan persendirian, dan terdapat keperluan untuk memulihkan banyak rizab riparian. Selain itu, beberapa kawasan hutan yang besar telah terjejas teruk akibat jentera berat dan kebakaran hutan. Oleh itu, sebuah elemen utama dalam Program Landskap Sabah akan menangani isu-isu ini melalui penanaman semula hutan.