The WWF is run at a local level by the following offices...
- WWF Global
- Adria
- Argentina
- Armenia
- AsiaPacific
- Australia
- Austria
- Azerbaijan
- Belgium
- Bhutan
- Bolivia
- Borneo
- Brazil
- Bulgaria
- Cambodia
- Cameroon
- Canada
- Caucasus
- Central African Republic
- Central America
- Chile
- China
- Colombia
- Croatia
- Democratic Republic of the Congo
- Denmark
- Ecuador
- European Policy Office
- Finland
Kerja pemuliharaan harimau WWF-Malaysia terdiri daripada beberapa komponen, yang direka untuk mengurangkan ancaman terhadap harimau dan hidupan liar lain yang tinggal di landskap yang sama.
Rondaan anti pemburuan haram
WWF-Malaysia mengupah sebanyak 15 buah pasukan rondaan. Setiap pasukan ini terdiri daripada lima orang anggota. Semua anggota pasukan rondaan ini berasal dari komuniti asli setempat yang telah dilatih untuk menjalankan rondaan dan mengumpul data mengenai pemburuan haram secara bebas. Mereka menjalankan rondaan selama dua minggu setiap bulan untuk mencari dan menghapuskan jerat serta ancaman pemburuan haram lain. Maklumat ini disalurkan kepada agensi penguatkuasaan untuk tindakan lanjut.
Penyelidikan Harimau
WWF-Malaysia mempunyai pasukan ahli biologi lapangan dan pembantu lapangan orang asli yang menjalankan pemantauan populasi harimau melalui penggunaan perangkap kamera. Oleh kerana harimau mempunyai jalur yang unik, haiwan ini boleh dikenalpasti melalui gambar sisi mereka. Dengan itu, kami boleh mengira jumlah harimau dari tinjauan perangkap kamera untuk memantau keadaan harimau dan mengukur tahap kejayaan pemuliharaan kami.
Conservation Assured Tiger Standards (CA|TS)
Pada bulan Mac 2023, Taman Negeri Royal Belum, di bawah pengurusan Perak State Parks Corporation (PSPC), telah dianugerahkan kelulusan Conservation Assured Tiger Standards (CA|TS) yang berprestij, sebagai pengiktirafan terhadap usaha pemuliharaan dan komitmen yang luar biasa terhadap pemuliharaan harimau. WWF-Malaysia telah bekerjasama dengan PSPC sejak tahun 2017 untuk mencapai kelulusan ini. Kami telah memberi panduan dan sokongan di sepanjang proses akreditasi dengan memudahkan pelaksanaan standard dan memantau pematuhan standard secara dekat. Pencapaian ini menempatkan Malaysia di pentas dunia sebagai negara pertama di Asia Tenggara yang melaksanakan CA|TS.
CA|TS adalah sebuah skim akreditasi yang menggalakkan kawasan-kawasan pemuliharaan harimau untuk memenuhi sebuah set standard dan kriteria yang dicipta oleh sekumpulan pakar antarabangsa dan pengurus kawasan terlindung untuk menjamin pemuliharaan harimau yang berkesan dan berjangka panjang.
Jalinan Ekologi / Penggunaan Tanah
WWF-Malaysia memantau perubahan penggunaan tanah di Belum-Temengor dan kawasan-kawasan sekitarnya untuk mengawasi projek pembangunan yang mungkin memberi kesan kepada integriti habitat. WWF-Malaysia juga menjalankan tinjauan perangkap kamera di kawasan jalinan ekologi penting yang menghubungkan Belum-Temengor dan Taman Negara, untuk mengetahui cara hidupan liar menggunakan koridor ini dan untuk menyokong perlindungannya.
Pemuliharaan Hutan
WWF-Malaysia bekerjasama dengan Jabatan Perhutanan untuk menambah baik pengurusan Temengor dan hutan simpan lain di Belum-Temengor. Ini termasuklah dengan menggalakkan perlindungan sumber kritikal untuk mangsa harimau seperti jenut garam, menyekat akses ke hutan daripada peneroka dan pemburu haram, serta melaporkan aktiviti haram dan amalan pembalakan yang tidak wajar.
Penglibatan Komuniti
Hubungan yang kuat dengan rakan komuniti adalah penting untuk penglibatan aktif dan membawa kepada perubahan positif dalam tingkah laku manusia bagi memastikan usaha pemuliharaan harimau adalah berkesan. Strategi komponen komuniti akan menangani ancaman yang dihadapi oleh komuniti asli. Ini akan membina ketahanan mereka terhadap ancaman masa depan dan kapasiti untuk mengenali kepentingan perlindungan hidupan liar melalui konsultasi, perbincangan kumpulan fokus, bengkel dan program kesedaran / outreach berdasarkan pendekatan Persetujuan Bebas, Awal dan Termaklum. Strategi ini bertujuan untuk membolehkan Orang Asli bergerak ke arah peringkat penglibatan yang lebih progresif dari tahap penyertaan ke pemerkasaan komuniti.
Advokasi
WWF-Malaysia berhubung dengan semua peringkat kerajaan untuk mengetengahkan agenda pemuliharaan harimau; dari peringkat persekutuan ke negeri, hinggalah ke peringkat daerah dan agensi. Penemuan saintifik, maklumat yang dikumpulkan daripada kerja pemantauan dan pengetahuan teknikal digunakan untuk menghasilkan cadangan bagi usaha pemuliharaan harimau dan perlindungan habitat yang akan dibawa kepada agensi kerajaan dan pihak pengurusan.