The WWF is run at a local level by the following offices...
- WWF Global
- Adria
- Argentina
- Armenia
- AsiaPacific
- Australia
- Austria
- Azerbaijan
- Belgium
- Bhutan
- Bolivia
- Borneo
- Brazil
- Bulgaria
- Cambodia
- Cameroon
- Canada
- Caucasus
- Central African Republic
- Central America
- Chile
- China
- Colombia
- Croatia
- Democratic Republic of the Congo
- Denmark
- Ecuador
- European Policy Office
- Finland
APA YANG DIPERTARUHKAN:
SEKILAS PANDANG KE DALAM BIODIVERSITI MALAYSIA
Ketika matahari mula tenggelam di bawah ufuk Taman Negeri Royal Belum di Malaysia, pasukan kami membuat persiapan terakhir pada perangkap kamera digital yang terakhir. Semua orang berada dalam semangat yang baik, dan lintah-lintah di kawasan ini pula tidak mengganggu mereka kerana tanah sudah mengering.
Walaupun cahaya semakin malap, semangat mereka tetap membara.

© Emmanuel Rondeau / WWF-US - The sun sets on Royal Belum State Park, Malaysia.
Sebuah pasukan anti pemburuan haram yang terdiri daripada masyarakat asli berdedikasi yang bekerja dengan WWF-Malaysia telah merentasi hutan yang lebat dan lembap di Taman Negeri Royal Belum selama lebih seminggu. Mereka turut ditemani oleh jurugambar hidupan liar, Emmanuel Rondeau, untuk menjalankan tugas memasang beberapa buah kamera berkualiti tinggi di hutan hujan yang berusia 130 juta tahun ini.

© Emmanuel Rondeau / WWF-US - From left to right, Afif Wafiy (WWF Malaysia Senior Field biologist), Merapi Mat Razi (Senior anti-poaching patrol member), Azib Adek (anti-poaching patrol team member), Imran Hamri (WWF Malaysia Field biologist), Yahya Charol (anti-poaching patrol team member), Raihan Adoi (anti-poaching patrol team member), Zainal Abu (anti-poaching patrol team member), Syahrul Baharim (WWF Malaysia Conservation assistant), and Filmmaker and Photographer Emmanuel Rondeau, are all posing after a big day in Royal Belum State Park, Malaysia. On this day they had been working on installing high quality DSLR camera traps to try and capture an image of a tiger.

© Emmanuel Rondeau / WWF-US - One of Photographer's Emmanuel Rondeau DSLR Camera traps installed in the forest of Belum State Park, Malaysia
Pasukan bergembira tatkala kancing bekas kamera kalis air yang terakhir ditutup rapat, dan mereka memeriksa sistem kamera yang kompleks dan sensitif kepada pergerakan ini. Ini adalah kamera terakhir dari lapan perangkap kamera yang dibina khas. Ia direka oleh Emmanuel dan dipasang di seluruh hutan ini untuk tempoh lima bulan akan datang. Apabila terdapat haiwan liar merentasi laluan di hadapan kamera, ia akan terus mengambil gambar.

© Emmanuel Rondeau / WWF-US - Merapi Mat Razi, Senior anti-poaching patrol member at WWF–Malaysia, stands in front of the Kooi Waterfall in Royal Belum State Park, an important site for WWF-Malaysia’s tiger conservation work.
Setelah berbulan-bulan menjalankan persiapan, pasukan ini berharap agar kamera tersebut akan dapat memberi imej tentang biodiversiti Taman Negeri Royal Belum dan yang lebih penting lagi, beberapa gambar berkualiti tinggi pertama harimau di Malaysia.
Populasi harimau semakin berkurangan di seluruh Asia Tenggara. Di Kemboja, Laos, dan Vietnam, harimau sudah pun pupus di peringkat nasional. Populasi harimau di Malaysia berada pada tahap terendah dengan kurang daripada 150 ekor yang tinggal di negara ini. Masa depan haiwan ini berada dalam keadaan terumbang-ambing.
Jerat adalah perangkap berbahaya yang diperbuat daripada dawai. Ia dipasang oleh pemburu haram dengan tujuan untuk menangkap hidupan liar, dan harimau merupakan hasil yang paling berharga. Jerat telah memberi impak terbesar kepada penurunan populasi harimau di seluruh Malaysia. Taman Negeri Royal Belum merupakan salah sebuah kubu terakhir harimau di negara ini. Kejayaan menangkap gambar seekor harimau di sini menjadi petunjuk sama ada ini adalah generasi terakhir harimau di Malaysia, atau sebaliknya, generasi harapan untuk masa hadapan.
Setelah berbulan-bulan menjalankan penyelenggaraan dan penggantian bateri, kamera-kamera ini menangkap gambaran tentang khazanah yang masih tinggal dari kekayaan kepelbagaian hidupan liar di salah sebuah hutan hujan tertua di dunia. Ia mendokumenkan impak yang akan dialami sekiranya pemburuan haram, penebangan hutan, dan konflik antara manusia dan hidupan liar tidak ditangani.
Dan mungkin juga, seekor harimau.

© Emmanuel Rondeau / WWF-US - Sun bear, Royal Belum State Park (Malaysia).
Seekor beruang matahari, yang juga sangat dicari oleh pemburu haram, bergerak merentasi akar dan sulur yang berpintal dalam pencariannya untuk buah, rodensia kecil, burung, anai-anai, dan serangga lain untuk dimakan. Beruang ini adalah endemik di Asia Tenggara dan merupakan yang terkecil dalam keluarga beruang.
Semenanjung Malaysia adalah tempat tinggal populasi harimau kumbang (black leopard, juga dikenali sebagai black panther) terbesar di dunia. Harimau ini mendapat warnanya dari mutasi genetik yang menyebabkan pengeluaran berlebihan pigmen gelap melanin, yang menghasilkan bulu berwarna hitam yang sangat sukar dilihat dalam latar belakang hutan hujan.

© Emmanuel Rondeau / WWF-US - Black leopard, Royal Belum State Park (Malaysia).
Terdapat banyak haiwan luar biasa yang hidup di hutan hujan, dan salah satu daripadanya adalah Tenuk Malaya. Dengan moncongnya yang panjang dan corak nya yang pelbagai, ini adalah satu-satunya spesies tapir yang boleh ditemui di Asia. Haiwan ini dikelaskan oleh IUCN sebagai terancam. Ia hidup merayau-rayau di dalam hutan hujan sambil mencari pucuk dan daun untuk dimakan.

© Emmanuel Rondeau / WWF-US - Malaysian tapir, Royal Belum State Park (Malaysia).
Walaupun dikenali sebagai salah satu spesies kucing yang paling arboreal, harimau dahan juga hidup di lantai hutan. Tidak banyak yang diketahui tentang spesies kucing ini. Ia memburu primat, rodensia, rusa kecil, dan babi hutan dengan menyerang dari pokok atau memburu di tanah.

© Emmanuel Rondeau / WWF-US - Clouded leopard, Royal Belum State Park (Malaysia)
Dan akhirnya, gambar yang kita semua harapkan, seekor harimau.

© Emmanuel Rondeau / WWF-US - The elusive Malayan tiger in the wild.
WWF, bersama rakan-rakan kongsi, mahu harimau ini menjadi generasi harapan. Usaha pemuliharaan telah dipertingkatkan dalam beberapa tahun kebelakangan ini untuk menghentikan penurunan populasi. Tunjang usaha ini adalah sebuah pasukan pegawai rondaan anti-penjarahan yang amat berdedikasi, yang dikenali sebagai Project Stampede.
Pada hari ini, terdapat 60 orang anggota pasukan rondaan di Taman Negeri Royal Belum dan pasukan terdiri ini daripada masyarakat asli dari komuniti di kawasan itu. Pasukan rondaan ini telah memainkan peranan penting dalam mengurangkan jerat aktif sebanyak 98% di seluruh Taman Negeri Royal Belum.

© Emmanuel Rondeau / WWF-US - An anti-poaching patrol team out on patrol in Royal Belum State Park, Malaysia.
Pasukan-pasukan ini merancang laluan rondaan lebih awal dan menghantar satu pasukan yang terdiri daripada kira-kira 10 anggota anti pemburuan haram untuk 1-2 minggu pada satu masa. Mereka menggunakan peranti GPS untuk bergerak dan membawa semua peralatan mereka sendiri untuk memeriksa hutan dan mencari tanda-tanda pemburu haram dan jerat. Baru-baru ini, mereka telah mula memasang ratusan perangkap kamera untuk memantau status hidupan liar dan ancaman di landskap ini.

© Emmanuel Rondeau / WWF-US - This bag is just one of many filled with snares that have been removed from Royal Belum State Park, Malaysia.

© Emmanuel Rondeau / WWF-US - An anti-poaching patrol team gets ready to enter the forest of Royal Belum State Park for several days, Malaysia.

© Emmanuel Rondeau / WWF-US - An anti-poaching patrol team out on patrol in Malaysia's Royal Belum State Park sits around the campfire and enjoys a well earned evening meal.
Kami berharap agar kejayaan pasukan ini akan menyumbang kepada impak positif pada populasi harimau, tetapi hasil pemuliharaan jenis ini dilihat dalam tempoh beberapa dekad.
Usaha meningkatkan populasi harimau di Malaysia bukanlah sesuatu yang mustahil dan akan menjadi pencapaian bersejarah bagi negara kita. Tetapi, ia hanya boleh dilakukan dengan adanya kehendak politik, pembiayaan yang mampan, dan sokongan daripada masyarakat asli dan komuniti tempatan.